. . . gambar
November 17, 2011
September 21, 2011
FITNAH
Assalamualaikum..
hai kawan kawan. da lama tak berceloteh. hari nie rasa macam nak berceloteh panjang pulak. panjang tak panjang sangat la. sebab tangan nie pown ada expired time dia jugak. sampai masa dia nak berhenti. dia berhenti je. hehe.
tajuk pown da menggambarkan maksud saya. fitnah. eh jangan main main. nie kes berat nie. hukumnya berdosa besar tau. sesungguhnya menfitnah itu LEBIH KEJAM DARI MEMBUNUH. Allah tidak menyukai orang yang suka menfitnah orang lain. jangan nak buat andaian yang tak berasas kalau tidak tahu perkara itu dengan jelas. jangan bawa mulut sini sana sehingga boleh merosakkan kebahagiaan orang lain. jangan melaga lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang. menabut fitnah tu namanya. ia boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan antara beberapa pihak. tengok. semuanya rugi. orang lagi nak mengeratkan silaturahim. dia lagi nak memecahkan silaturahim tu. tolong jangan ikut ini ya. hah tak baik tau.
seperti yang kita sedia maklum. sikap seperti ini sangat tercela. ia satu dari perbuatan dosa besar yang akan mendapat seksa amat berat di hari pembalasan. antara faktor yang menimbulkan fitnah mungkin tercetus apabila seseorang terdorong dengan perasaan orang lain, tiada kefahaman mengenai larangan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah terhadap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran. faktor lain mungkin juga seseorang itu ingin mendapat kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang lain dan ingin menunjukkan dirinya lebih baik daripada orang yang menjadi mangsanya. ermmm. tak patut betul.
bagi penyebar fitnah tu sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebarkan. orang yang menyebarkan fitnah nie nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah S.A.W suatu ketika Rasulullah S.A.W melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya : "sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat islam, lebih-lebih lagi jika membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.
perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana apa? kesan kerosakannya lebih teruk. ok kita tengok. jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berleretan sehingga bertahun tahun.
beringatlah. sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui semua perkara yang kamu tidak mengetahui.
pengajarannya di sini, apabila menerima sesuatu berita, selidik terlebih dahulu, lebih lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara tersebut sama ada benar atau palsu. ingatlah wahai sahabatku. setiap perkara yang baik akan dibalas dengan kebaikan manakala perkara jahat akan dibalas dengan azab yang pedih suatu hari nanti. renungkanlah.
moga kita semua tidak berada dalam golongan yang menaburkan fitnah. amin -.-
p/s : minta maaf kepada yang terasa hati.
saya benar benar tidak bermaksudkan itu.
September 19, 2011
TAK RASA APA APA
norissa. mana pergi perasaan kau nie?! hilang da ker? atau da lari ke seberang laut? atau mungkin da terjun bangunan 11 tingkat sampai tak bernyawa lagi? kau keliru ke kau buat buat tak paham? bila masa kau nak sedih? bila masa kau nak suka? bila masa pulak kau nak jadi betul betul norissa? aku tahu kau masih melayang. dah. cepat turun!! jangan duk melayang lama lama. nanti lagi tinggi lagi susah nak kembali ke bawah. tiada siapa boleh selamatkan kau bilamana keadaan itu benar benar berlaku. jangan ikutkan perasaan sangat ya. aik! -.- rasanya perasaan tadi macam dah tak ada je. asal kau sebut lagi. rasa apa apa ke tak rasa apa apa nie? haha.
coretan mengarut dari hati ke hati
August 1, 2011
1st DAY PUASA
tiada makanan untuk sarapan dan makan tengahari. huhu. perut bunyi tak berhenti dari pagi tadi. terasa sangat hari nie puasa. lagi lagi tak bangun sahur pagi tadi. ambik kau. rasakan lah!!!! -.- (longlai)
p/s : esok bangun sahur ya norissa. hehe.
July 28, 2011
HARAPAN RAMADHAN
Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang di perintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti henti
Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
TUHAN PIMPIMLAH AKU YANG LEMAH
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada tuhan diberikan amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh juga
p/s : untuk diri sendiri. sila tampal besar besar lirik lagu ini di segenap ruang kosong di bilik pejabat. Supaya tidak akan pernah leka untuk mengharapkan Ramadhan tahun ini lebih bermakna. Hehe. Selamat berpuasa semua.
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang di perintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti henti
Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
TUHAN PIMPIMLAH AKU YANG LEMAH
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada tuhan diberikan amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh juga
p/s : untuk diri sendiri. sila tampal besar besar lirik lagu ini di segenap ruang kosong di bilik pejabat. Supaya tidak akan pernah leka untuk mengharapkan Ramadhan tahun ini lebih bermakna. Hehe. Selamat berpuasa semua.
July 24, 2011
UTARA SELATAN TIMUR BARAT
hye semua. assalamualaikum. apa khabar kamu, kamu dan kamu. hehe. moga semua sihat ya. jangan main hujan tau, nanti demam. hehe. da lama rasanya tak menaip laju laju macam nie. nak cerita macam macam tapi mesti letih jap lagi. biasalah, da lama tak update. 10 saat tangan da lenguh. haha. gagahkan jgk nie.
utara selatan timur barat. hah!! apa tu? mcm tak ada apa apa makna pown buat korang kan. tapi bagi saya ia sangat bermakna. misi untuk menjejakkan kaki di negeri negeri yang belum pernah dijejaki. bunyik mcm poyo. tapi ia bykkkk syookkkk wooooH! pergi ke tempat orang. selami adat negeri orang. dapat pemandangan baru. dapat pengalaman baru. terbuka sikit minda nie kan tengok apa yang ada apa yang tak ada kat negeri sendiri. bukan apa. dulu masa saya kecik kecik. selalu terfikir tuk keliling semenanjung nie. siap pangkah pangkah nama negeri yang pernah pergi. cian tgk budak nie tau. haha.
(x) kedah
(x) negeri sembilan
(x) pahang
(x) kelantan
(x) johor
(x) perak
(x) terengganu
(x) perlis
(x) selangor
(x) melaka
(x) pulau pinang
(x) wilayah persekutuan
dan sekarang. saya da boleh pangkah nama semua negeri di semenanjung nie. haha. yeahhh! misi masa umur 11 tahun dulu sudah terlaksana dengan jayanya pada usia 22 tahun. haha. nampak sampai 11 tahun nak tunggu misi berjaya. haha. ini mmg jangka masa yang panjang. tapi berbaloi la kan. kenangan kenangan nie mmg tak boleh dilupakan. hehe.
dan misi seterusnya. untuk ke sabah sarawak pulak. hehe. tunggu dan lihat. misi akan diteruskan selepas raya. dah habis pusing satu malaysia baru boleh pergi oversea. bandung beijing london bagai. persoalannya. boleh kerrrr? ntah ntah tergendala sampai bertahun tahun pulak. hahahahha.
sabar je la norissa.
p/s : ada orang tu berbaur jeles tengok saya jalan jalan. haha.
sowry ya encik bb (bosbesar). nanti kita jalan lagi satu round ya. hehe.
July 21, 2011
July 13, 2011
June 16, 2011
June 12, 2011
BUDAK GEMUK RAMBUT HELMET
hye. meh la sini sekejap. nak cerita pasal seorang budak nie. tapi malas nak taip. korang tgk je la gambar kt bawah nie eh. hehe.
ini dia SITI QHAIRUNNISA MOHAMAD HISHAM (manje panggil mak dia)
:: tgk. ada hati nak jadi model tu. haha. lawak la budak nie ::
:: sungguh ketara helmet ko dik! ::
:: kerek eh. tak payah nak pandang cik yah mcm tu sangat la. menyampah! ::
:: cuba teka hidung dia mcm siapa??! ::
:: eleh eleh terkedek kedek nye la haii ::
:: kene kacau ngn paksu eh. g babab paksu g ::
:: ko saje nak tunjuk gigi ko kan. alasan. haha ::
:: paksu nie suka dengki nissa la. cian baby ::
:: tapi walau apa pown terjadi. die cool je ::
:: sayang budak gemuk cikyah nie ::
:: ajar buat peace pown dia boleh ikot tau. tapi peace guna satu jari je la. haha ::
:: di mana ada makan di situ ada nisa. ini istilah baru untuk budak nie. mmg pantang tgk orang makan. ada je nak kacau ::
p/s : kepada budak gemuk rambut helmet. jangan buat perangai comel sangat k. geram! haha.
June 11, 2011
UBAT UNTUK RINDU
hye. saya ada kat kampung nie. terubat la rindu kt semua nya. kat mak. abah. adik beradik. anak buah yang rambut mcm helmet tu. si budak yang hyper active sampai semua tak nak layan die. tapi die cool. da la kecik. tgk rambut helmet die. lagi bertambah kecik saya tgk. haha. saba je la. semua nya saya rindu. ye la. da sebulan lebih tak balik kampung. dan. akhirnya. hari nie sampai jgk hajat nak balik kampung. mesti orang kampung nie pown rindukan kan saya kan. hehe. sepatutnya balik setiap akhir bulan. tapi. nie da kira lebih beberapa minggu da nie. cian tak. tapi bersyukur k. dari setahun sekali baru dpt balik. paling sedih tak dpt balik langsung. alhamdulillah syukur. sebab apa tak dapat balik hari tu? hah! kebetulan tak dpt cerita kisah sepanjang ketiadaan internet. hari nie nak bukak cerita pulak. hujung bulan 5 tak dpt balik sebab join kontijen jabatan ke sukan maksper di terengganu. awal bulan 6 pulak pergi kenduri di ipoh. bawak mybabyblue jalan sekali. ingat nak balik awal. tapi sebab terawal sangat. naik la cameron highlands sekejap. sian kak alice ngan baby sandra tak pernah pergi sana. nahhh! ambik kau. jame 3 jam. kematu jgk kaki nie tekan break byk kali. sabar je la. tapi sangat berbaloi bila da sampai kt atas. da kali kedua sampai cameron sebenarnya. tapi kali nie lain sikit sebab saya yang memandu. hehe. banyak syiookkk! haha. dan minggu nie dah janji ngn kak shima nak selesaikan misi membuat hantaran tu. tapi.. malangnya. kene cancel lagi sebab nak balik kampung. sowry kak shima. tapi sempat buat jgk beberapa tapak pd jumaat malam tu. buat sampai kol 2 ok. mmg allout betul la. haha. dan sekarang. saya bersama family di kampung. memang terubat la rindu nie. kalau la duk jauh dari ini. mahu nangis tiap tiap hari. sabar je la. haha. bye.
p/s: minggu depan nk g kedah pulak. hehe.
June 10, 2011
YEAHHH DAPAT UPDATE!!!
hye. rindu nya nak update blog. mesti awak pown rindu saya kan. hehe. malu.. banyak cerita da terlepas sebenarnya. tapi nak buat mcm mn kan. tak ade rezeki nak cerita masa kejadian. kalau nak cerita sekarang pown mcm mood da lari lari je. ada masalah internet la hari tu. tapi sekarang da settle da. so. boleh la bercorat-coret lagi dalam blogger nie. kalau ikot kan da lebih sebulan tak update nie. tangan nie laju je nak menaip. bukan nya apa. tak best rasa sorang sorang nie. baik kita kongsi sikit dengan orang yang nak berminat. nak conteng dalam buku. tak berapa cepat sangat la nak menulis satu satu perkataan kan. jadi nya. dengan cara menaip nie lagi cepat la proses luahan nya. haha. gitu kan. boleh bla la ko norissa. hahahahah.
May 1, 2011
PENAT TAPI SERONOK
assalamualaikum.
hai kawan kawan. cuba tengok gambar di atas. tohh budak muka letih tahap gaban tapi ada hati nak tersenyum lagi. hehe. mana tak senyumnya. ada orang belanja kami makan tengahari nie sebab teman mereka pergi jasin, melaka. tq tq. kami hargainya. nanti belanja lagi ya. huh! ponek amek da nieh. -.-
(anggaran masa perjalan pergi dan balik 4 jam 10 minit 30 saat)
to bb (bosbesar) : seronok ke pergi muar?
April 23, 2011
BURUK PERANGAI KAU NORISSA !
assalamualaikum semua.
saya ada cerita bez nak kongsi nie. tp agak memalukan diri saya sendiri la kan. tak pe. tak salah kan kalau nak kongsi. mungkin ini akan jadi pengajaran buat saya dan mungkin buat korang semua. hehe. memandai je aku nie.
tadi. sementara nak tunggu adik saya balik kerja. g makan kt mamam de cafe. dekat je ngan tempat kerja dia. so alang alang tu makan tengahari sekali la kan kt situ. dengan kak atie sekali sebab sebelum tu teman kak atie g tesco ada barang nak tukar katanya. kami pown makan bertiga. asyikk giler makan tomyam campur dengan nasi putih. kak atie pulak makan nasi goreng belacan. mmg menusuk la belacan die. sedapp. semua licin habis kene telan. ok semua dah settle. balik. balik.
sampai rumah. lepak atas sofa empuk saya. on tv bukak astro warna. macam biasa la bila perut kenyang mata jadi berat. setan tu setan. tapi saya kalah. saya mula baring bagai ular sawa. mcm orang tak sedar diri. huh! mcm orang giler. tidur lama lama. dan tiba tiba tersedar bila my bb (bosbesar) call. tengok tengok jam da pukul 7.30.
ohmaigad!
dalam kepala hotak nie pikir adik aku tak pergi kerja lagi ke pagi nie. dia masuk kol 7.00 pagi. tp sekarang da kol 7.35. dia tak tahu ke dia lambat da nie. ishhh mcm mn tak cuaknya. sebab saya yang kene hantar dia g kerja. sempat la bukak sliding door tengok luar da terang cikit. terus g bilik adik ketuk ketuk pintu. bila bukak je tengok dia sedap relex je baring. orang lain risaukan dia. tp dia boleh plak bergayut kt hp lagi. geram betol saya. orang risaukan la dia. tapi dia. bila da 5 minit tak keluar bilik. geram la kan. g la ketuk bilik dia lagi sekali. bukak pintu dia tetap baring lagi. siap dia mara mara lagi soh tutup pintu balik. ok fine. kali nie mmg lantak ko la. saya baring balik atas sofa empuk saya. otak da bengal da nie. sebab tidur lama sangat. huh!
3 minit kemudian. adik saya keluar. dengan selamba je dia cakap kat saya. "ko ngingau ke hape ha! ko tgk hp ko am ke pm" . erkk?! 7.30 pm ke bukan 7.30 am eh. hahah. malam rupanya. mmg mcm mengong. buat malu je. punya la geram geram tadi. rupa rupanya salah sendiri. ambikk ko! tahan la malu sendiri. hehe. sampai bila bila la kene bahan dengan dia pas nie. kurenggg! hehe
pengajaran untuk saya hari nie : lepas nie jangan nak cari pasal tidur petang petang lagi. nanti boleh jadi giler sebab bangun tidur otak jadi bengal tak ingat apa apa. mengarut je lebih. haha. lain kali kalau nak tidur lepas zohor ya dan bukan lepas asar. -.- astaghfirrullahalazim.. buruk perangai kau norisssa !
terima kasih encik khairi akmal sebab kejutkan saya.
hehe. cian awak pown terkena.
April 22, 2011
CERITA TENTANG SEMALAM
(gambar ini tiada kaitan dengan cerita tentang semalam)
assalamualaikum.
hai semua. apa khabar. sihat tak? saya di sini sihat wal'afiat sahaja. hehe. ayat dah mcm nk buat karangan masa exam bahasa melayu darjah enam dulu. karangan surat tak rasmi nak anta kt rakan di luar negara. hahahhah. mengong.
nie nak cerita tentang semalam nie. semalam kan. saya rasa saya paling bernasib baik sekali. dari pagi sampai malam. saya boleh lg tersenyum. :) hehe. rezeki melimpah ruah. syukur alhamdulillah. sampai rasa mcm tak abez pulak sebab banyak sangat. so saya bagi bagi kan je mana yang tak mampu saya nak abez kan tu pada orang yang mampu. tibe tibe saya jadi murah hati sangat sangat semalam kan. hehe. ye la. dengan sarapan mcD pagi pagi buta *k.bai belanja. jamuan lepas perhimpunan lagi. jamuan lepas meeting lagi. hehe. byk saya makan. bak kata orang. rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. :p
yang paling best dpt buah buahan. mcm mcm ada. tak sempat nak kongsi dengan kawan kawan. sebab ramai yang da balik. tapi paling tak best nya sekali bila dapat durian. 7 biji semuanya. tapi malangnya saya tak makan durian. jadi. kene jgk la bagi bagi pada yang berkenaan. jamu diorang kt bonet kereta. abez satu kereta bau durian. tak pe. saya cuba untuk bertahan. balik tu terpaksa cari daun pandan seikat nak letak kt dalam kereta. sepanjang perjalanan balik tu bukak semua tingkap sebab takot penink kepala. tu pown agak me'ong jgk da semalam. tapi tahan je. -.-
malam pulak saya join group yang dikenali sebagai 'persatuan gelap'. hik2. mcm seram je dengar bunyiknya kan. tapi group nie baik baik sahaja. selalu buat saya happy. hik2. kitorang g main bowling kt alamanda putrajaya. cadangnya saya nak tido uma k.shima. tapi tak jadi sebab adik saya si mohamad khairi eizmeer tu tak kerja malam. tak nak la bagi dia dok sorang sorang kan. jadi saya membuat keputusan untuk menjadi akak yang baik. dengan dia dia sekali saya bawak g alamanda. hehe. cian dia esok nak keje pagi. kol 1 am baru smpai uma. alhamdulillah. yang seronoknya mlm tu. saya dpt pecahkan rekod diri sendiri. huhu. cecah la mata sampai 125 masa main bowling tu. hahahha. tak sangka kan. hehe. mmg bernasib baik. good for norissa ! yeahh!
begitulah ceritanya.....sekian.
p/s : terima kasih en khairi akmal. terima kasih semua ! :)
April 2, 2011
SAKIT ITU NIKMAT
SYUKUR ALHAMDULILLAH...
Hikmah-hikmah disebalik sakit :
1. Diampuni dosa dan kesalahan.
"setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabak, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti allah menjadikannya pengampun dosa-dosanya." (HR. Bukhari-Muslim)
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa gangguan berupa penyakit dan lain-lainnya, melainkan Allah menggugurkan daunnya" (Bukhari-Muslim)
2. Ditinggikan derajatnya.
"Tidaklah seorang mukmin tertusuk duri atau yang lebih kecil dari duri, melainkan ditetapkan baginya satu derajat dan dihapuskan darinya satu kesalahan" (HR Muslim)
Dari Aisyah, dia berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihiwa Sallam bersabda (yang artinya): "Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit encok sedikit pun, melainkan Allah menghapus darinya satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu derajat." (Ditakrij Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dia berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda (yang artinya): "Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki kedudukan di sisi Allah, namun tidak ada satu amal yang bisa menghantarkannya ke sana. Maka Allah senantiasa mencobanya dengan sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia bisa sampai ke kedudukan itu." (Ditakhrij Abu Ya'la, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim; Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)
3. Pembuka jalan ke syurga.
"Allah Subhanahu berfirman: "Hai anak adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada sat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahala bagimu selain syurga." (Ditakhrij Ibnu Majah; Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)
4. Keselamatan dari api neraka.
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, bahwa beliau menjenguk seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah. lalu beliau bersabda (yang artinya): "Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman, 'Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hampa-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari negara pada hari akhirat." (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan Al-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)
5. Menjadikan kita ingat kepada Allah dan kembali kepada Nya.
5. Menjadikan kita ingat kepada Allah dan kembali kepada Nya.
Biasanya ketika seseorang dalam keadaan sihat wal afiat, suka tenggelam dalam kenikmatan dan syahwat. Menyibukkan diri dalam urusan dunia dan melalaikan Allah, yang tidak jarang terjerumus dalam kemaksiatan dan kedurhakaan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ketika Allah mencubanya dengan sakit atau musibah lain, dia akan ingat kepada Allah, bertaubat, dan kembali memenuhi hak-hak Allah yang telah dia tinggalkan.
Ya Allah, betapa Engkau menyayangi hambaMu.. Aku malu denganMu.. Hinanya aku kerana seringkali bersangka denganMu, bersangka terhadap takdirMu.. Hinanya aku kerana lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Aku tahu, jika sakit ini hanya sekadar suka-suka tanpa hikmahnya, sudah tentu Engkau tidak menciptakan sakit itu. Sesungguhnya Engkau menciptakan sakit itu untuk kebaikan kami dan sudah tentu Engkau tidak akan sesekali mahu menzalimi hamba2Mu samaada yang muslim @ yang kafir. Sungguh unik bentuk kecintaanMu terhadap hambaMu.. semoga aku tergolong dalam golongan yang bersyukur dengan nikmatMu.
amin..
March 23, 2011
CONGRATULATIONS
tahniah untuk mohamad suhaimi bin md dan kerana keputusan spm yang sangat memuaskan. terima kasih sebab da pecahkan rekod keluarga dengan keputusan anda. saya sangat terharu. rasa macam nak nangis pown ada. sob3. T.T
hadiah menyusul kemudian ya. tapi tak de la wooowww ! sgt ya. hehe.
:D
March 22, 2011
I WANNA BE YOURS
I wanna be your vacuum cleaner
Breathing in your dust,
I wanna be your Ford Cortina
I will never rust,
If you like your coffee hot
Let me be your coffee pot,
You call the shots,
I wanna be yours.
I wanna be your raincoat
For those frequent rainy days,
I wanna be your dreamboat
When you want to sail away,
Let me be your teddy bear
Take me with you anywhere,
I don't care
I wanna be yours.
I wanna be your electric meter
I will not run out,
I wanna be the electric heater
You'll get cold without,
I wanna be your setting lotion
Hold your hair in deep devotion,
Deep as the deep Atlantic ocean
that's how deep is my devotion.
p/s : iloveyousomuch la encik khairi akmal. im yours tau. hehe. jangan nak jelez sangat ya. :)
March 19, 2011
March 16, 2011
KETAWA UNTUK 3 GELAS AIR
situasi ini berlaku di sebuah kedai makan berdekatan rumah saya. YUKI nama kedainya. selepas penat mengemaskini rumah along yang perlu dikosongkan dengan segera. kami tiga beradik niat nak makan western food kt situ. so, panggil abg order. semua mula la semua menyuarakan selera masing masing.
k.bai : menu bang
*5 second kemudian
abg order : nak minum apa?
rissa : barlie suam dengan ais kosong *senyum mengada
k.bai : cincau gelas BESAR satu
abg order : sejuk ke panas? *sambil tersengih *kami geleng kelapa
k.bai : sejuk. kalau cincau gelas BESAR tu berapa?
abg order : kalau gelas biasa rm1.20, kalau gelas BESAR rm 2.50
k.bai : owh. gelas BESAR lah. hehe
eme : saya nak horlick ais satu
abg order : makan? *sambil menulis dgn khusyuk
k.bai : chicken grill satu
rissa : orang tak nak makan western la
eme : aku pown sama. bagi nasi goreng ikan masin satu
rissa : saya nak nasi goreng paprik ya
*tibe tibe k.bai menyampuk
k.bai : semua orang tak makan western. k.bai nak tukar la
abg order : *sengih macam kerang busuk
k.bai : saya nak nasi goreng kampung
*hahhhaha. dari western terus turun ke kampung. apa da. hahahhahahha
5 minute kemudian
abg anta air : sini kan
semua : hah!
k.bai : tapi cincau nie nak gelas besar. tapi tak pe la
*abg antar air pown berlalu pergi. bila dibelek belek nak tahu tak apa yang kami dapat.
1 air suam;
1 cincau ais gelas biasa;
1 horlick ais;
1 ais kosong gelas BESAR.
hahahhahahhahahhahaha. tergelak besar jgk la kami tgk semua air ktorang tu. barlie suam saya mana? takde. yang dpt kt saya air suam je. boleh tahan panas plak tu. yang tak boleh bla nye. ais kosong gelas BESAR tu. ada ke orang nak order gitu. isshhhh ! mengarut + lawak sungguh. hahahha. yang sempurna hanya horlick ais adik saya. huh !
hampeh betul -.-
last last tukar jgk ais suam sy ke barlie suam idaman hati. k.bai tak nak tukar. sebab da minum katanya. hehe. padan muka. dapat gelas besar. tapi ais kosong je. kira boleh la tu kan. huhu.
p/s : encik khairi akmal, jangan jeles ya saya belanja diorang makan. hehe.
March 15, 2011
March 10, 2011
March 9, 2011
MISI
- 08.03.2011 - 12.03.2011 -
hehe. mengada ngada je lebih perempuan nie. nak bermisi misi segala. hasut la mcm mn pown dia tetap nak buat jgk. degil. tak pe la kan. bukan selalu boleh jadi gila mcm nie. tp apa yang saya tahu. misi nie boleh mendisiplinkan diri saya untuk tidak bersosial di laman facebook lagi dlm masa 5 hari nie. dan mungkin akan mengurangkan penggunaannya dari masa ke semasa. en. khairi akmal si bb (bosbesar) tu pown jarang main facebook. tak kan la cik norissa tak boleh kan. hehe. itu kata kata semangat untuk diri sendiri je. hahahhaha.
yang tak puas hati nya semua tak nak percaya saya nak jalankan misi nie. nape weyh. ini kan untuk kebaikan saya. ceh ! ayat poyo keluar. almaklum la penggemar tegar laman sosial facebook yang 24 jam on9 nie mmg la kan. semua orang tak kan percaya. dan dari sebab itu la saya nk berubah jadi penggemar laman sosial facebook yang tak berapa nak tegar. hahhaha. cukup untuk bersosial 2 jam sebelum tidor. boleh kah begitu? yang pasti saya nk berubah. banyak benda saya abaikan disebabkan ini. tak pandai nk control diri. tak pe norissa tak pe. ini la masa nya untuk berubah. hik hik.
(goodluck norissa sayang)
benar dari hati : saya rindu pada kawan kawan laman sosial facebook saya ! -.-
4 days left....
March 7, 2011
HARI MINGGU YANG PADAT
*harap maaf. sememangnya tiada paparan imej untuk entry kali ini. hehe. hanya ingin bercerita kisah aktiviti hujung minggu lepas yang memenatkan. 0.0
SABTU
8.15 am - batu caves
tujuan : panas kan enjen kereta
9.00 am - selayang mall
tujuan : main bowling ramai ramai (k.shima ajak)
11.45 am - batu caves
tujuan : jemput k.bai kt uma (dengan muka masam mencuka sebab adik dia lmbat. jame lah! )
12.15 pm - ampang
tujuan : teman k.bai g inspection (kete dia along bwk ke linggi)
12.45 pm - dewan tasik ampang hilir
tujuan : attend majlis perkahwinan kawan k.bai (tak boleh bla masuk majlis pakai bj main bowling. nasib baik pakai jeans)
1.30 pm - ampang
tujuan : ambik gambar tempat k.bai inspect tu sebab dia terlupa kot. apa la. hahhhah.
2.30 pm - jakel, shah alam
tujuan : beli kan mak punya langsing. bermeter meter kami beli nk cukupkan satu rumah. ada la dlm 100++ meter. ok bonet kete da full.
6.00 pm - batu caves
tujuan : makan bersama 3 beradik kt YUKI. menu tak boleh tahan. sedap. sekali ngan anta adik g kerja.
7.00 pm - warta lama
tujuan : betulkan sandal yang telah tercabut tapaknya. kos : rm1. (segan nye nk bayar)
7.54 pm - jakel kuala lumpur
tujuan : jumpa akak ipar & anak buah. diorg shopping kL. tak nak lepas peluang cubit pipi si tembab nisa. hehe.
8.45 pm - jalan raja laut
tujuan : penuh kan perut yang kosong. ermmm. kenyang.
10.00 pm - rumah pengasih kuala lumpur
tujuan : teman akak ipar masuk. esok ada makan makan. (abg ipar dia jd pelatih kt c2)
12.00 am - batu caves
tujuan : manjakan mata dengan tidur secukupnya. -.-
_____________________________________________________________
AHAD
7.05 am - batu caves
tujuan : panaskan enjen. jemput adik balik kerja.
7.15 am - rumah sendiri
tujuan : siap siap untuk keluar bertiga
8.05 am - rumah pengasih
tujuan : hantar mereka berdua. nak join akak ipar katanya sebab ada program memancing. nak tgk bakat anak buah si haiqal mata sepet tu memancing. hehe. yang penting sekali ada bbq makan makan free. :)
8.45 am - putrajaya
tujuan - photoshot ala ala bff gitu. hahahha. t tgk hasil tgn fathiah lajis k. hehe
12.45 pm - alamanda
tujuan : makan makan sama kawan kawan lama masa poly dolu
2.15 pm - jalan tar
tujuan : lawat kak ipar & mereka shopping dan jemput mereka pulang. hehe
5.45 pm - batu caves
tujuan : pulang semula ke rumah. :D
*penat jangan ckp la. mmg penat giler. rasa mcm nk tercabut je kaki nie berjalan. ehemm. ini bukan niat sebenar nk jelezkan en. khairi akmal tau. hahhahha. mohon maaf ya bb (bosbesar) ku ! iLUVM lah ! ahahhahha.
March 2, 2011
BENAR CINTA
saya rasa betul betul dihargai bila baca note ini :
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
p/s : tq encik khairi akmal sebab sanggup mencintai saya. LUSM.
Subscribe to:
Posts (Atom)