Assalamualaikum..
hai kawan kawan. da lama tak berceloteh. hari nie rasa macam nak berceloteh panjang pulak. panjang tak panjang sangat la. sebab tangan nie pown ada expired time dia jugak. sampai masa dia nak berhenti. dia berhenti je. hehe.
tajuk pown da menggambarkan maksud saya. fitnah. eh jangan main main. nie kes berat nie. hukumnya berdosa besar tau. sesungguhnya menfitnah itu LEBIH KEJAM DARI MEMBUNUH. Allah tidak menyukai orang yang suka menfitnah orang lain. jangan nak buat andaian yang tak berasas kalau tidak tahu perkara itu dengan jelas. jangan bawa mulut sini sana sehingga boleh merosakkan kebahagiaan orang lain. jangan melaga lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang. menabut fitnah tu namanya. ia boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan antara beberapa pihak. tengok. semuanya rugi. orang lagi nak mengeratkan silaturahim. dia lagi nak memecahkan silaturahim tu. tolong jangan ikut ini ya. hah tak baik tau.
seperti yang kita sedia maklum. sikap seperti ini sangat tercela. ia satu dari perbuatan dosa besar yang akan mendapat seksa amat berat di hari pembalasan. antara faktor yang menimbulkan fitnah mungkin tercetus apabila seseorang terdorong dengan perasaan orang lain, tiada kefahaman mengenai larangan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah terhadap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran. faktor lain mungkin juga seseorang itu ingin mendapat kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang lain dan ingin menunjukkan dirinya lebih baik daripada orang yang menjadi mangsanya. ermmm. tak patut betul.
bagi penyebar fitnah tu sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebarkan. orang yang menyebarkan fitnah nie nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah S.A.W suatu ketika Rasulullah S.A.W melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya : "sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat islam, lebih-lebih lagi jika membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.
perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana apa? kesan kerosakannya lebih teruk. ok kita tengok. jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berleretan sehingga bertahun tahun.
beringatlah. sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui semua perkara yang kamu tidak mengetahui.
pengajarannya di sini, apabila menerima sesuatu berita, selidik terlebih dahulu, lebih lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara tersebut sama ada benar atau palsu. ingatlah wahai sahabatku. setiap perkara yang baik akan dibalas dengan kebaikan manakala perkara jahat akan dibalas dengan azab yang pedih suatu hari nanti. renungkanlah.
moga kita semua tidak berada dalam golongan yang menaburkan fitnah. amin -.-
p/s : minta maaf kepada yang terasa hati.
saya benar benar tidak bermaksudkan itu.
Beb..da macam ustazah aku bace ni haaa...kih3
ReplyDeletenama pun kata kata nasihat. harus la. hehe
ReplyDelete