kisahnya en. harry & cik rissa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

January 29, 2011

CINA RAYA NORISSA CUTI BERIYA

happy holidays norissa !

sabtu : cuti hari minggu
ahad : cuti hari minggu
isnin : cuti rehat
selasa : cuti hari wilayah
rabu : cuti rehat
khamis : cuti hari raya cina
jumaat : cuti hari raya cina
sabtu : cuti hari minggu
ahad : cuti hari minggu

hehe. banyak nya cuti sampai 9 hari. cuti yang melampau nampak gayanya. padahal cuti raya cina tu je. gatai gatai nk ambik cuti rehat lg 2 hari. hehe. xpe la. bg norissa rehat kan minda die nie. -.- serabut. dah dah tak payah pikir lg. cuti nie mmg perlu di isi dgn aktiviti sekeluarga ya. rugi oo klu duk uma je. meh join mandi manda. tp tak tau lg ke mana nie. kene tanya majoriti dl. arap arap semua berjalan lancar. haha. let's enjoy together !! :D

January 25, 2011

APA RAHSIANYA?

assalamualaikum w.b.t

nak cerita nie. tadi masa lalu kt bilik faks, nampak kerani faks tergelak gelak ngn PA ketua pengarah. dari jaoh pown da nampak mcm menarik nk tumpang gelak sekali kan. terus la masuk bilik faks dengan muka mmg selalu nya tak tahu malu nie. syok betol diorang gelak sampai sy tanya pown ambik masa 60 saat nk jawab. rupa-rupanya tgh gelakkan pasal rahsia bulan kelahiran masing masing. sy pown join gelak sekali la sebab nya mmg terkena la dgn diorang punya perangai tu kan. hehe. sy tak nk ckp apa apa -.-

tp yang nie mmg sy nk cerita. pasal sy punya rahsia bulan kelahiran pulak. eh eh. kalau cerita nie. maknanya tak ada rahsia lg la diantara kita. hehe. tp takpe la. saya nk cerita jgk. saya lahir pada 16 jun 1989. klik pada ruangan jun. dan hasil nya adalah ..... jeng3 :D

(1) berfikiran jauh dan berwawasan
* yang nie boleh buat muka berlagak ckt. huh ! -.-

(2) mudah ditawan kerana bersikap baik
*baik kan saya baik kan ;p tp siapakah yg nk menawan tu. tettt..

(3) berperangai lemah lembut
*yang nie tak tau datang dari celah mana nya lemah lembut nya -.-

(4) mudah berubah idea, perangai, sikap dan mood
*yang nie plak en. khairi akmal biasa terkena. cian dia kan -.-

(5) idea yang terlalu banyak di kepala
*mmg pown tp kalau berubah ubah penink gak kepala orang sebelah. ya tak? ;p

(6) bersikap sensitif
* sy rasa hati sy mmg begitu. da kecik sgt da kot huhu

(7) mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
*siap dalam kurungan lagi. hehe. otak sy bukan aktif tp hyperactive la ! hahhahah :D

(8) sukar melakukan sesuatu dengan segera
*opss ! hehe. betul sangat la nie. tapi kerja saya siap tau. kalau tak percaya. g tanya bos sy. kan bos kan. hehe ;] (kautim kautim)

(9) sikap suka menangguh nangguh
*bab nie saya setuju. asyik tangguh tangguh baca novel je. sebab busy sgt buat kerja lain. hahahhahahahh! (dalih tu penting)

(10) bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
*yang nie saya rasa tak berapa nk setuju. sebab norissa nie main bedal je. baik tak baik. tutup mata. jalan. hehe.

(11) cepat marah dan sejuk hati
*ada sesiapa yang pernah kene mara ngn norissa ker? ehhh! mesti la tak pernah kan. hehe. norissa tak pernah mara lah. cuba tanya en. khairi akmal. mst dia jawab tak punya :)

(12) suka bercakap dan berdebat
*norissa nie pendiam orang nya tp kalau jmpa GU dia. mmg tak boleh berhenti bercakap la kan. siapa berani nk test. meh masuk gelanggang. hahahhahah

(13) suka buat lawak dan bergurau
*yang nie sy mmg suka. sebab sy tak suka la tgk orang muka masam masam je. senyum kan cantek :) tp kalau muka sy masam tolong jangan tegur (mcm la org suka tgk muka sy masam kan) -.-

(14) otaknya cerdas berangan angan
*hik2 imaginasi anda sangat tinggi. tahniah norissa !

(15) mudah berkawan dan pandai berkawan
*mudah la jgk kalau tak mcm mana saya boleh dpt kawan ramai ramai kan. hehe. saya sayang kawan kawan saya :)

(16) orang yang sangat tertib
*tertib? hehe. selalu nya yang tertib nie nk perfect je. disebabkan saya seorang yang main bedal je. jadinya. ermmm. norissa takde la tertib sangat. hehe

(17) pandai mempamerkan sikap
*eh eh sikap apakah yg sy pamerkan nie. positif atau negatif. sama rata kot. hehe.

(18) mudah kecil hati
*ye la nie. kalau nak tahu. budak nie sikit sikit nk touching. padahal benda kecik je kot. apa la sangat kan kalau kene bebel tu. -.-

(19) mudah kene selsema
*no komen. sebab sebulan sekali penyakit nie datang. cian tgk budak nie :(

(20) suka berkemas
*mmg suka pown. kalau kt kampung. ini lah tugas saya. nk harap yang lain. mmg bersepah lg la jadinya. aishhh !

(21) cepat rasa bosan
*yg nie nampak mcm en. khairi akmal yg kene berjaga jaga kan. xpe. yg penting dia paham sy. dia da tahu pasal nie la. sy da cerita semuanya. hehe :)

(22) sikap terlalu memilih dan cerewet
*ehem ehem sy mmg cerewet. tp bab pilih barang la. sanggup duk kt shopping mall berjam jam utk memilih. kalau bg dia masa 1 jam je. mmg tak bl la jawabnya. -.- kalau bab pilih orang tak cerewet sangat kot.

(23) kurang pamerkan perasaan
*mmg la. perasaan tu ada. tp tkot orang nampak sgt nanti. baik tak payah susah kan orang. buat biasa je. relax relax :)

(24) lambat untuk sembuh apabila terluka hati
*kalau luka tu dalam sangat. mmg lambat la nak sembuh. cukup la parut yang ada nie. tak payah tambah luka nie lg -.-

(25) suka pada barang yang berjenama
*tak minat la. kopak dompet saya nanti :)

(26) mudah menjadi eksekutif
*yes i am. :)

(27) kedegilan yang tidak terkawal
*ini masalah saya yg paling besar. susah nk buang tp saya akan cuba. kepada en. khairi akmal. jangan nk gelak sgt la -.-

(28) sesiapa yang memuji dianggap musuh sesiapa yang menegur dianggap kawan
*rasa bahaya tak norissa mcm nie. bagus sangat la tu. jaga jaga cik salmah. ^.^

selesai sudah. banyak rupanya sampai 28 bagai. tak perasan plak sebab syok sgt mengkritik diri sendiri. hehe. rambut sama hitam. hati lain lain. mata yang melihat mungkin berbeza. tp pada tanda * di atas adalah apa yang saya rasa. awak bagaimana pula?! hehe





January 22, 2011

SAYA RINDU AUFA SAYA


aufa. mana kau nie. lama tak contact kitorang kan. tak ingat kawan ke. tau tak kitorang rindu ko. tau la ko yang paling jaoh. ko ingat kitorang tak ingat kt ko ke? kitorang rindu ko tau. sesekali datang la kL. ley lepak sama sama mcm dulu. jangan la terperuk kat terengganu tu lama lama. lupa ngan kitorang nanti. rindu nk gosip gosip ngn ko la. tapi kalau ko xingat kt kitorang. kitorang tak paksa ko rindu
kitorang. cdey :(


p/s : kitorang itu diantaranya adalah cik rissa, cik tya, cik eyka, cik sara, cik lily, en. harry, en. salman, & en. saravanapavan. hehe

January 21, 2011

TOO TIRED


begini lah keadaan norissa sekarang. lemau -.-

mcm mcm jadi hari nie rasa nk nangis pown ada. dari pagi sampai ke petang. ada je timbul isu isu yang akan menggarukan kepala. sabar je la norissa ya. nasib baik ada orang sekeliling dgn sabar mendengar keletah awak. terima kasih semua. saya hargai jasa anda. tp hati saya tetap rasa mcm nie -.-

dah dah jgn emo lebih. mood da la xde tu. weak habis nanti. ok stop la bye (v)

January 19, 2011

GELAK TAK INGAT

hahhahahahhahhahahahhahahahhahhhahhahhahhah
nk gelak besar besar boleh tak? lawak la bl pikir balik zaman dulu dulu. gambar punya pasal la nie. tangan nie pulak gatai nk klik klik tetikus nie tgk pict pict lama zaman sekolah dl. mmg lawak giler la. sampai sekarang sy masih senyum sorang sorang tau. bila tgk gambar teringat peristiwa peristiwa aneh yg pernah sy lakukan dl. aishh. kesian weyh budak norissa nie dulu dulu. selekeh selebet cengeng semua ada la. tp kan nk cerita sikit nie. masa zaman sekolah rendah dl. norissa gangster weyh. perangai mcm jantan. semua orang yg cr pasal ngn dia mmg kene kejar satu sekolah. almaklum la budak comel takde gigi mcm dia dl mmg selalu kene sakat. haahha. (comel ker?) -.- . lagi lagi pulak kan dia dl pengawas berbaju pink masa darjah satu. (glamour y'all). pastu kene lucut jawatan sebab ganas sgt tak sesuai pakai bj pink nie. terus pakai baju putih je. hahahha. paling teruk sekali masa darjah enam. bergaduh secara sengaja sampai lebam lebam la budak lelaki tu an. mmg sampai sekarang sy berdendam dengan budak lelaki tu sebab buat tudung sy rabak sampai xserupa tudung. hahahah. ganas tak ganas la budak nie an. tp itu semua berubah bl masuk sekolah menengah. sejak sejak mengenali erti cinta monyet terus cair dengan lelaki jambu jambu kt sekolah tu (ada ke?) hehe. tp senyap senyap je la an. sebab giler ke budak norissa selekeh nie nk ngurat lelaki glamour kt sekolah tu. mmg tak dpt la kan. hahhaha. so mendisiplinkan diri norissa nie utk tidak berpacaran semasa di sekolah menengah. sekian. baik tak saya. hehe.

saya nie bukan budak duduk rumah punya orang. lepas spm kerja. kat bahau. kedai biasa biasa je. dapat la kerja 3 bulan. berenti kerja sebab nk masuk kursus bahasa inggeris kt yayasan segamat. tajaan felda english language centre (FELC). semua anak anak felda ye la. bez. dpt ramai kawan kawan baru. huhu. kursus kt situ tiga bulan. sepanjang berkursus tu la kami menunggu result spm dgn permohonan tok upu poli maktab dll. mmg syok la bl mereka semua y dpt keputusan spm bez2 dpt masuk U. sy dpt poly je. xpela sy bersyukur. mmg terus masuk poli la nie bulan 7. duk rumah berapa minggu masuk poli pulak. so. sy mmg tak jmpa rumah sangat la lepas spm. hehe.

banyak banyak tempat yang saya belajar saya paling suka masa poly. masa tu la jmpa my harry ok. mmbe kepada mmbe yang kenalkan. just tgk gambar je ley berkenan. pelik kan. dan tak sangka ley berhubung sampai sekarang. nak masuk 3 tahun da pon. maklum lah norissa nie cepat bosan orangnya. tapi tak tau la dengan en. harry nie dia tak bosan sgt. mungkin en. harry boleh memahami gf dia yang bosan nie kan. saya tak tahu la tu. hati orang. hehe.

dah la tu bercerita. tak penat ker? jom la sama sama kita tgk pic pic lawak. ley gelak sama sama. hahahahha. mana yang termasuk sekali tu saya minta maaf eh. TER tak sengaja. hahahha. :D

omel x? masa umur 6 tahun :D

ini da tak ingat darjah berapa. tp time nie la gigi saya tak de 2. hehe. tutup mulut cover gigi

mana norissa ? cuba teka !

da lama kot aku tak wat muka macam nie. -.-

pengawas yang dilucutkan jawatan :p

masa main softball. active weyh

yayasan segamat syok dengan mereka !!



January 18, 2011

KENAPA DENGAN JARI SAYA ?


hehe. nk mengedik hari nie boleh tak. bukan nya apa. da lama kot xmenggedik gedik nie. xde teman. cik cik teman semua ada kt putrajaya. so mengedik sorang sorang pown jadi la. tp kan bg sesiapa yg rs mmg tak sihat hari nie. baik xyah baca kot. takut termuntah nanti. budak norissa nie da la kuat perasan. tahap imaginasi dia sgt tinggi. melalut lalut sampai timbul cerita tak logik kang sapa plak nk tanggung tu semua. sy hanya boleh angkat tangan lari je. hehe.

hehe. tajuk tak nak kalah. nk cerita pasal jari jari bagai. kalau jari cantik tak pe la jgk. hehe. tp sy pedulik apa. sy suka jari sy. awak tak suka eh. owh -.- tu je sy boleh bg. tak kisah pown la. bila nk mula cerita nie. merepek je dari tadi. lari semua orang kang. hehe.

ini kisah semalam yg masih segar dalam ingatan. pulang nya aku dari mencari rezeki diperantauan. tanpa segan silu aku pun melepaskan sisa sisa peluh ku disofa yang sememangnya tiada sesiapapun. cewahh ! ayat nk puitis je. dah dah. bg ayat ringan ringan sudah. hehe. ok ok. selepas kisah tadi 2. sy pown mencapai hp nk kol my harry. dia angkat je terus dia cakap nanti dia kol balik. eh. tau la dpt call free. mengambil kesempatan yg ada nmpk. mmg tak boleh berenggang lah sy dgn earphone jap lg nie. borak punya borak semua benda nk citer. biasa la seharian tak msg sebab gf die nie kan busy memanjang. kalah menteri besar tau. haha. poyo je. semua citer la keluar. dari hari keluarga. aktiviti hujung minggu. selit selit pasal duit. biznes besar besar. cuti raya cina. thaipusam bagai. n da cweet one is our 2nd anniversary. wow ! dia ingat la weyh. hehe. my harry mmg xpernah lupa tarikh tarikh penting nie. tabik laju laju la kt dia kan. tp dpt gf mcm nie hampeh tak ingat apa apa. sowry ya :p

tersenarai la segala tempat yg menarik utk sambut "hari utk harryssa" nie. banyak banyak tempat yang dicadang semua nampak busuk. hehe. jgn slh anggap dl. maksud sy disini 'tak syok' la. yg paling busuk sekali nk sambut kt umah sendiri. sp punya idea la 2 an. hahahah. tak tahu tak tahu -.- . mmg tak la kan nk sambut kt umah sendiri. ada kene belangkung ngn mak ayah kang. tak dapat bayang sambut dgn mereka. siap panggil tok wan sanak saudara jiran sebelah umah yang kecoh 2. meriah meriah. hehe. meriah dengan pandangan sinis. hahahhaha. ok norissa da mula mengarut. -.- .

bincang punya bincang dan akhirnya lokasi yg paling tepat dan strategik adalah di Port Dickson. pantai teluk kemang. tempat bersejarah kami dl. saat pertama kali my harry ucap iLOVEu sambil pegang tangan sy. hehe. sweet tak sweet tak. tiba tiba teringat kisah dulu dulu. aishh ! cepat hapuskan. -.- gedik tau tak? ahahahhah.

tajuk nie sebenarnya timbul bila my harry tiba tiba tanya berapa saiz jari saya. kenapa dengan jari saya? semua orang dpt agak da. mmg tak pandai betul la dia nie. kantoi da nk beli cincin utk sy. aishhh takde kejutan la mcm nie. hehe. nak beli sendiri la katanya. kita tunggu dan lihat je bagaimana rupanya ya nanti. yang best nya sy tak ingat pown saiz jari saya berapa. maksudnya disini kena bwk sy jgk la ya encik khairi akmal. hahhahah. (alasan alasan). :D tp kan wak. kalau tak ada cincin pown tak apa. saya tetap sayang awak jgk. lusm lah ! <3

cerita nie mmg xde motif. hati nie saje nak menggedik. sowry ya. bazirkan masa kamoo kamoo semua hik2 ~

January 13, 2011

NORISSA TERSEDU !

aikkk ! norissa tersedu ker? pelik. ngada ngada plak die nk tersedu sedan hari nie. nk besar lg ker? nk besar kt mn plak? nk bg sy lg tinggi ker? boleh jgk. br nmpak mcm model ckt an. hahahha. perasan tol budak nie an. hahahha. awak awak ! pelik x np kita ley tersedu. mst pelik kan. dan mcm mn plak die bley berhenti. sy pown xpernah tahu. nie br nk kaji. nk tau jgk ker? meh cnie sy kongsi ilmu yang br sy dpt nie. artikel nie dr laman web institut pelajaran islam. mari kita timba ilmu sama sama ya. selamat membaca ! :p


Asal usul manusia tersedu

BAHAGIAN yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot-otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Selalunya, diafram bekerja dengan sempurna.

Apabila anda menarik nafas, ia tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafram menolak udara keluar daripada paru-paru.

Tetapi, ada ketikanya diafram menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Akibatnya, anda menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak korda suara anda, maka terhasillah bunyi hik, hik.

Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.

Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dahulukala di mana leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas.

Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia.

Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.

Teori mengenai sedu yang diterbitkan di dalam jurnal BioEssays itu menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam.

Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris itu percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi/pengudaraan insang telah merentasi dunia mamalia moden, termasuklah manusia.

Mereka turut membariskan banyak persamaan di antara sedu dengan pengudaraan insang di kalangan binatang seperti berudu. Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembung.

Straus and rakan-rakan sepasukannya turut mengesyaki tabiat itu telah disesuaikan untuk satu penggunaan baru – membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menetek mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.

Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Mujurlah ia lazimnya berakhir dalam masa beberapa minit sahaja.

Adalah tidak benar tanggapan yang mengatakan sedu boleh dihentikan dengan cara menakutkan atau mengejutkan seseorang. Namun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi melenyapkannya.

Antaranya dengan cara menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10, segera minum segelas air atau makan sesudu teh gula atau madu.

Jika sedu berterusan sekalipun setelah mengambil langkah-langkah tertentu untuk cuba menghentikannya atau anda sering kali mengalaminya dari semasa ke semasa, anda mungkin mahu berunding dengan doktor mengenainya.


selamat mencuba ! jyeahh ! :D

p/s : sy nk sedu byk byk t ley besar mcm en. khairi akmal. hehe :)

January 11, 2011

BILA stomach pain MULA MENCINTAI menstrual pain


aishhhh ! geram btol la xde tempat lain ke nk dating. tahu la tengah bercinta sakan. duk dalam perut aku nie buat apa. sakit tau. selalu datang sorang sorang xde la sakit sangat rasanya. skrg da pandai plak berdua duaan kt dalam nie. harus la xtahan kan sebab msti bertambah tambah sakitnya sekali gus dia dtg. ditambah pulak bos yang sangat baik dan rajin mengutarakan hasrat nya utk mengedarkan byk giler surat hari ini. saya sgt berterima kasih la ya bos buat perut saya nie bertambah sakit. saya suka sangat sangat. -.- betapa gembira nya hati saya td kulu kilir mencari fail. sampai nk terjatuh tau. nasib baik xde orang perasan. xpasal pasal norissa glamour satu ofis. hehe. hah xpuas hati btol la dengan si pain pain nie. time busy busy macam nie pulak die dtg. ish2 ! -.- nasib. xpe la norissa kan kuat. nak di pendekkan cerita (sebab xde mood sakit sakit nie) makan ubat tidur la ya. eh eh. xboleh tidur sekarang. kt ofis lagi nie. balik kang baru saya tidur ya. bye ~

p/s : sediakan payung sebelum hujan (walaupun xde kene mengena sangat tp boleh la nk bg jgk)
hahahhahah~ :D

January 10, 2011

MIMPI SEMALAM

banyak banyak mimpi yang ada. mimpi ini yang masuk malam td. mimpi dikejar anjing. hahahha. lawak la. mmg berpeluh xterkata la kan. kalau la terjadi betul betul mmg terkencing dua tiga kali sambil berlari. nasib saya bangun td xbasah. hahahhahah. nasib nasib. anjing mana lah yang bertuah dapat kejar si norissa nie. bukan senang tau. :D yang bez nya da terjaga dari tidur boleh plak sambung balik kene kejar 2. bukan nya nk bangun terus insaf ker. jerit jerit xnk lalu lagi kawasan beranjing ker. ini tidak dia bley sambung tidur balik. haahha. norissa mengong ! agak agak apalah yg sy tgh pikir sampai anjing bley masuk dalam mimpi sy nie. aishhh. malas nak cakap banyak yang positive thinking nya adalah : SEMUA INI MAINAN TIDUR -.-

p/s : sila basuh kaki anda sebelum tidur. jangan jadi seperti saya hik2 :)

January 7, 2011

SHUT YOU MOUTH !


hoi ! diam boleh x? apa pasal banyak mulut sgt nie. da xde keje ke nk membebel kt cnie. orang lain pown suka bercerita jgk . tp xla macam ko nie. cakap xreti nk berhenti. nonstop potpetpotpet kalah orang perempuan. meh cnie dengar aku membebel pulak. aku xtau la apa yang ko pikirkan sekarang nie. ko jangan ingt muka ko hensem mcm artis. kulit putih. rambut pacak pacak. idung mancung kebawah. kening tebal setebalnya. janggut xterurus. pakai contact lens bagai tu. ko ingat ko boleh menggoda org dengan apa yang ko ada 2 la eh. boleh jalan la. ko ingat ko pandang aku mcm 2 ko ley goda aku la eh. xakan la. jangan smpai aku tutup mata ko plak kang. xpown biar ko xnmpak langsung da pasnie. baru ko tau kejam xkejamnya aku nie. baru ko tau bumi nie tinggi atau rendah. hah. da lama aku perhatikan ko nie. da melampau da aku tgk. kadang2 sampai menyusahkan orang pown ada. hidup ko nie mmg suka menyusahkan orang eh. ramai orang terasa ngn ko tau kt luar 2. ada ko tahu tu? ada ko rasa apa yang diorg rs? xde kan? so xyah la disebabkan mulut ko yang macam longkang nie xde orang yang nk dekat ngn ko. nanti jangan terhegeh hegeh nk suruh aku campak kan ko kt hutan. pulaukan diri sendiri sebelum org pulaukan ko. ko nk macam 2. hah. apa geleng geleng. takot la 2. jangan nk minta belas kasihan dari aku la. aku da muak tgk ko buat muka seposen macam nie. aku da bagi banyak peluang kot kt ko. tapi ko sia sia kan je. ko ingat air liur aku nasihatkan ko dl free free je ke? ko ingat aku nasihat ko dl xde kene perah otak ker? ko ingat aku xde kje lain ke nk jadi pakar kaunseling ko dl? cuba lah fikiran 2 matang sikit. nie tidak. sikit sikit nk membebel. ko lahir tahun ayam ke bising bising macam ayam jgk nie. mmg xreti nk senyap eh. kalau orang yang xbiasa ngn ko nie mmg da kene. lagi lagi kene ngan abang badan kental kental 2 kan. mmg aku tolong jadi pompomgirl kt sebelah abang 2. mmg aku soh bagi kawkaw punya. ntah la. aku pown da xtau nk nasihat apa ngn ko nie. masuk telinga kanan keluar telinga kiri. mmg sia sia la aku cakap. kalau nasihat kan budak budak pown rasa mmg boleh jadi orang la. xla macam ko nie. xley nk ubah da. keras macam batu. kalau dipecahkan jadi kecik pown tetap keras jgk. mcm ko la 2. hah. nangis pulak. xmalu ke nangis nangis nie. ko tu lelaki bukan perempuan nk nangis bendenya. nk cakap sakit aku rasa aku xpukul pukul ko pown. aku cuma membebel kt ko je. nk bg ko rasa macam mn rasanya bila ko membebel kat orang lain. mesti sakit aty kan. macam nie la rasanya. tau x? hah. tau pown angguk. dari td dok geleng-geleng je. ishh geram je aku tgk ko nie. da ! g main jauh. jangan nk kacau orang lg. kesat air mata 2. g cuci muka dl. t orang nmpak ko nangis. ish ! xtau malu nangis nangis macam budak kecik tak dapat mainan aku tgk ko nie! ntah apa apa ntah perangai. jangan mara aku lak eh. aku cuba nk bantu ko je. t kalau ada masalah lg panggil la aku. kalau ko tahan la an. hahahhahahha~

p/s : bukan senang nk dengar norissa membebel nie kan. sebab die xreti nk mara orang. kalau kene mara ngn norissa nie mmg anda manusia bertuah la kan. sebab lebih kurang macam dpt limited edition la. mmg jarang-jarang keluar. setahun pown xtentu boleh lagi. hahahah. siapa yang kenal rapat dengan norissa je tahu pasal ini. lagi satu untuk pengetahuan semua saya xkenal pown siapa lelaki nie. dia minta dibebel kan. siap tutup mulut sendiri lg dengan kain itam. pada siapa2 yang terasa 2. saya mmg xde niat eh. niat sebenar hanya nk lepaskan bebelan je. hehe..

fuhh ! lega ! :D

kepada en. khairi akmal. xyah nk gelak sangat la baca ini entry. -.- nak kene mara ker?!

template