Abah
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Mendapat seorang ayah sepertimu.
Abah
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Mendapat seorang ayah sepertimu.
Abah
Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-adik mengenali dunia
Dengan kasih sayangmu
Aku dan adik-adik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa.
Abah
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.
Abah
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-adik mengenali dunia
Dengan kasih sayangmu
Aku dan adik-adik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa.
Abah
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.
Abah
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.
Terima kasih atas segalanya abah.
: walaupun abah kurang sihat buat masa nie. kami tetap sayang abah. kami doakan abah sihat macam dulu dulu. boleh gurau gurau manja ngan abah. boleh gelak sama sama. boleh join kami bertekak adik beradik. macam dulu dulu. saya sangat rindu itu. tapi saya pasti ada hikmah disebalik setiap kejadianNYA. mungkin DIA mahu abah berehat setelah berpenat lelah membesarkan kami. mungkin DIA mahu memberi peluang kepada anak anak abah yang sepuluh nie membalas jasa orang tuanya. apa yang pasti. abah adalah segalanya buat kami. : T.T
SAYA SAYANG ABAH !
kami sayang abah.
No comments:
Post a Comment