kisahnya en. harry & cik rissa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

January 30, 2012

TAMAN TASIK


hari semorang. assalamualaikum. cerita ini berkisarkan aktiviti hujung minggu lepas ya, disebabkan terlalu bosan bosan bosan bosannnnn duduk di rumah pada hari sabtu. maka dengan itu, ahad adalah hari yang terbaik untuk membalas dendam. ala. bukan pergi jauh pun. taman tasik metropolitan je. dekat sangat dengan rumah saya. kalau jalan kaki tak sampai la 5 jam jalan confirm dah ada kt taman tu. oleh sebab tu la kitorang naik kereta. haha. eh eh jap. kenapa kitorang? siapa yang ada? bagaimanakah keadaannya? haha. banyak pulak persoalan diminda. sebenarnya pergi dengan mybigboss a.k.a encik khairi akmal saya. walaupun hujan. redha untuk redah je hujan tu. air je kan. bukan batu pun. jadi berbahasan adalah jalan yang terbaik. nasib baik selang beberapa minit hanya gerimis sahaja yang muncul. hehe.


ok ok ok da malas nak menaip. tengok je la gambar yang akan disemadikan ini. cekadautttt! haha













lepas nie pergi tasik lain pulak ya. hehe.



January 28, 2012

NORISSA MENANGIS :'(


hai semorang. assalamualaikum. norissa hari ini berjaya menangiskan diri dengan air mata emosi dan bukan dengan air mata basal mahupun air mata refleks. ya! bukan senang nak merasainya sebegini. inilah air mata dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi. sebab selalu dapat tengok saya beremosi untuk gelak, senyum, sengeh dan paling busuk pun buat muka lurus je. kan?

bukan saje saje. mesti ada sebab kenapa saya menangis. ada dua sebab sebenarnya. tapi bukan niat saya nak bercerita di sini. dan memang tak ada niat pun. cuma terfikir keadaan selepas saya menangis tadi. tenang je. mungkin betul kata orang menangis boleh meredakan tekanan. mungkin juga ada perkara lain yang saya tak tahu. jom buat ulang kaji sikit. mr. google pasti ada segalanya. haha.

ok ok. da dapat. kat sini dia tulis ada 7 keajaiban yang diperolehi setelah menangis dan berair mata. jom tengok satu persatu. excited nak tahu ni.

1. Membantu Penglihatan (erk bagaimanakah?)
Air mata membantu penglihatan seseorang, jika bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh Bakteria (ok ini sangat dasyat)
Tak perlu ubat eye drop, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozon yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Memulihkan Mood (macam mana tu?)
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan Racun (apa! air mata ada racun!)
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil mengangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan Stress (mungkin ini yang saya rasakan tadi)
Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan Hubungan Silaturahim (ini part saya suka)
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawanya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Me'rileks'kan diri (ok ini yang terakhir. macam best je)
Semua orang pernah mengalami perasan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me'rileks'kan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.

baiklah. kesimpulannya, tak salah jika kita hendak menangis sekali sekala. tak kira lah perempuan mahupun lelaki. semuanya boleh menangis. biarlah merah dan bengkak mata tu. jangan segan segan. jika ada peluang, menangislah anda sepuasnya. mungkin menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib untuk kesihatan tubuh dan fikiran anda ketika itu. selamat mencuba ya kawan kawan. ;P

Akhir kata dari saya, terima kasih yang tak terhingga kepada yang telah berjaya membuat saya menangis pagi ini. terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengeluarkan air mata emosi yang berfaedah ini. ya. terima kasih untuk segalanya. ini yang rasa nak menangis semula ni. sobsobsobsobbbbb :'( huwaaaaaaaaaaaaaaaaa

September 21, 2011

FITNAH

Assalamualaikum..

hai kawan kawan. da lama tak berceloteh. hari nie rasa macam nak berceloteh panjang pulak. panjang tak panjang sangat la. sebab tangan nie pown ada expired time dia jugak. sampai masa dia nak berhenti. dia berhenti je. hehe.

tajuk pown da menggambarkan maksud saya. fitnah. eh jangan main main. nie kes berat nie. hukumnya berdosa besar tau. sesungguhnya menfitnah itu LEBIH KEJAM DARI MEMBUNUH. Allah tidak menyukai orang yang suka menfitnah orang lain. jangan nak buat andaian yang tak berasas kalau tidak tahu perkara itu dengan jelas. jangan bawa mulut sini sana sehingga boleh merosakkan kebahagiaan orang lain. jangan melaga lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang. menabut fitnah tu namanya. ia boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan antara beberapa pihak. tengok. semuanya rugi. orang lagi nak mengeratkan silaturahim. dia lagi nak memecahkan silaturahim tu. tolong jangan ikut ini ya. hah tak baik tau.

seperti yang kita sedia maklum. sikap seperti ini sangat tercela. ia satu dari perbuatan dosa besar yang akan mendapat seksa amat berat di hari pembalasan. antara faktor yang menimbulkan fitnah mungkin tercetus apabila seseorang terdorong dengan perasaan orang lain, tiada kefahaman mengenai larangan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah terhadap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran. faktor lain mungkin juga seseorang itu ingin mendapat kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang lain dan ingin menunjukkan dirinya lebih baik daripada orang yang menjadi mangsanya. ermmm. tak patut betul.

bagi penyebar fitnah tu sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebarkan. orang yang menyebarkan fitnah nie nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah S.A.W suatu ketika Rasulullah S.A.W melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya : "sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat islam, lebih-lebih lagi jika membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana apa? kesan kerosakannya lebih teruk. ok kita tengok. jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berleretan sehingga bertahun tahun.

beringatlah. sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui semua perkara yang kamu tidak mengetahui.

pengajarannya di sini, apabila menerima sesuatu berita, selidik terlebih dahulu, lebih lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara tersebut sama ada benar atau palsu. ingatlah wahai sahabatku. setiap perkara yang baik akan dibalas dengan kebaikan manakala perkara jahat akan dibalas dengan azab yang pedih suatu hari nanti. renungkanlah.

moga kita semua tidak berada dalam golongan yang menaburkan fitnah. amin -.-




p/s : minta maaf kepada yang terasa hati.
saya benar benar tidak bermaksudkan itu.

September 19, 2011

TAK RASA APA APA

norissa. mana pergi perasaan kau nie?! hilang da ker? atau da lari ke seberang laut? atau mungkin da terjun bangunan 11 tingkat sampai tak bernyawa lagi? kau keliru ke kau buat buat tak paham? bila masa kau nak sedih? bila masa kau nak suka? bila masa pulak kau nak jadi betul betul norissa? aku tahu kau masih melayang. dah. cepat turun!! jangan duk melayang lama lama. nanti lagi tinggi lagi susah nak kembali ke bawah. tiada siapa boleh selamatkan kau bilamana keadaan itu benar benar berlaku. jangan ikutkan perasaan sangat ya. aik! -.- rasanya perasaan tadi macam dah tak ada je. asal kau sebut lagi. rasa apa apa ke tak rasa apa apa nie? haha.



coretan mengarut dari hati ke hati

August 1, 2011

1st DAY PUASA


tiada makanan untuk sarapan dan makan tengahari. huhu. perut bunyi tak berhenti dari pagi tadi. terasa sangat hari nie puasa. lagi lagi tak bangun sahur pagi tadi. ambik kau. rasakan lah!!!! -.- (longlai)



p/s : esok bangun sahur ya norissa. hehe.

July 28, 2011

HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang di perintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti henti

Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
TUHAN PIMPIMLAH AKU YANG LEMAH
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada tuhan diberikan amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh juga



p/s : untuk diri sendiri. sila tampal besar besar lirik lagu ini di segenap ruang kosong di bilik pejabat. Supaya tidak akan pernah leka untuk mengharapkan Ramadhan tahun ini lebih bermakna. Hehe. Selamat berpuasa semua.

template