kisahnya en. harry & cik rissa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

January 28, 2012

NORISSA MENANGIS :'(


hai semorang. assalamualaikum. norissa hari ini berjaya menangiskan diri dengan air mata emosi dan bukan dengan air mata basal mahupun air mata refleks. ya! bukan senang nak merasainya sebegini. inilah air mata dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi. sebab selalu dapat tengok saya beremosi untuk gelak, senyum, sengeh dan paling busuk pun buat muka lurus je. kan?

bukan saje saje. mesti ada sebab kenapa saya menangis. ada dua sebab sebenarnya. tapi bukan niat saya nak bercerita di sini. dan memang tak ada niat pun. cuma terfikir keadaan selepas saya menangis tadi. tenang je. mungkin betul kata orang menangis boleh meredakan tekanan. mungkin juga ada perkara lain yang saya tak tahu. jom buat ulang kaji sikit. mr. google pasti ada segalanya. haha.

ok ok. da dapat. kat sini dia tulis ada 7 keajaiban yang diperolehi setelah menangis dan berair mata. jom tengok satu persatu. excited nak tahu ni.

1. Membantu Penglihatan (erk bagaimanakah?)
Air mata membantu penglihatan seseorang, jika bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh Bakteria (ok ini sangat dasyat)
Tak perlu ubat eye drop, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozon yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Memulihkan Mood (macam mana tu?)
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan Racun (apa! air mata ada racun!)
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil mengangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan Stress (mungkin ini yang saya rasakan tadi)
Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan Hubungan Silaturahim (ini part saya suka)
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawanya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Me'rileks'kan diri (ok ini yang terakhir. macam best je)
Semua orang pernah mengalami perasan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me'rileks'kan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.

baiklah. kesimpulannya, tak salah jika kita hendak menangis sekali sekala. tak kira lah perempuan mahupun lelaki. semuanya boleh menangis. biarlah merah dan bengkak mata tu. jangan segan segan. jika ada peluang, menangislah anda sepuasnya. mungkin menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib untuk kesihatan tubuh dan fikiran anda ketika itu. selamat mencuba ya kawan kawan. ;P

Akhir kata dari saya, terima kasih yang tak terhingga kepada yang telah berjaya membuat saya menangis pagi ini. terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengeluarkan air mata emosi yang berfaedah ini. ya. terima kasih untuk segalanya. ini yang rasa nak menangis semula ni. sobsobsobsobbbbb :'( huwaaaaaaaaaaaaaaaaa

1 comment:

template