kisahnya en. harry & cik rissa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

April 23, 2011

BURUK PERANGAI KAU NORISSA !


assalamualaikum semua.

saya ada cerita bez nak kongsi nie. tp agak memalukan diri saya sendiri la kan. tak pe. tak salah kan kalau nak kongsi. mungkin ini akan jadi pengajaran buat saya dan mungkin buat korang semua. hehe. memandai je aku nie.

tadi. sementara nak tunggu adik saya balik kerja. g makan kt mamam de cafe. dekat je ngan tempat kerja dia. so alang alang tu makan tengahari sekali la kan kt situ. dengan kak atie sekali sebab sebelum tu teman kak atie g tesco ada barang nak tukar katanya. kami pown makan bertiga. asyikk giler makan tomyam campur dengan nasi putih. kak atie pulak makan nasi goreng belacan. mmg menusuk la belacan die. sedapp. semua licin habis kene telan. ok semua dah settle. balik. balik.

sampai rumah. lepak atas sofa empuk saya. on tv bukak astro warna. macam biasa la bila perut kenyang mata jadi berat. setan tu setan. tapi saya kalah. saya mula baring bagai ular sawa. mcm orang tak sedar diri. huh! mcm orang giler. tidur lama lama. dan tiba tiba tersedar bila my bb (bosbesar) call. tengok tengok jam da pukul 7.30.

ohmaigad!

dalam kepala hotak nie pikir adik aku tak pergi kerja lagi ke pagi nie. dia masuk kol 7.00 pagi. tp sekarang da kol 7.35. dia tak tahu ke dia lambat da nie. ishhh mcm mn tak cuaknya. sebab saya yang kene hantar dia g kerja. sempat la bukak sliding door tengok luar da terang cikit. terus g bilik adik ketuk ketuk pintu. bila bukak je tengok dia sedap relex je baring. orang lain risaukan dia. tp dia boleh plak bergayut kt hp lagi. geram betol saya. orang risaukan la dia. tapi dia. bila da 5 minit tak keluar bilik. geram la kan. g la ketuk bilik dia lagi sekali. bukak pintu dia tetap baring lagi. siap dia mara mara lagi soh tutup pintu balik. ok fine. kali nie mmg lantak ko la. saya baring balik atas sofa empuk saya. otak da bengal da nie. sebab tidur lama sangat. huh!

3 minit kemudian. adik saya keluar. dengan selamba je dia cakap kat saya. "ko ngingau ke hape ha! ko tgk hp ko am ke pm" . erkk?! 7.30 pm ke bukan 7.30 am eh. hahah. malam rupanya. mmg mcm mengong. buat malu je. punya la geram geram tadi. rupa rupanya salah sendiri. ambikk ko! tahan la malu sendiri. hehe. sampai bila bila la kene bahan dengan dia pas nie. kurenggg! hehe

























pengajaran untuk saya hari nie : lepas nie jangan nak cari pasal tidur petang petang lagi. nanti boleh jadi giler sebab bangun tidur otak jadi bengal tak ingat apa apa. mengarut je lebih. haha. lain kali kalau nak tidur lepas zohor ya dan bukan lepas asar. -.- astaghfirrullahalazim.. buruk perangai kau norisssa !







terima kasih encik khairi akmal sebab kejutkan saya.
hehe. cian awak pown terkena.

April 22, 2011

CERITA TENTANG SEMALAM

(gambar ini tiada kaitan dengan cerita tentang semalam)

assalamualaikum.

hai semua. apa khabar. sihat tak? saya di sini sihat wal'afiat sahaja. hehe. ayat dah mcm nk buat karangan masa exam bahasa melayu darjah enam dulu. karangan surat tak rasmi nak anta kt rakan di luar negara. hahahhah. mengong.

nie nak cerita tentang semalam nie. semalam kan. saya rasa saya paling bernasib baik sekali. dari pagi sampai malam. saya boleh lg tersenyum. :) hehe. rezeki melimpah ruah. syukur alhamdulillah. sampai rasa mcm tak abez pulak sebab banyak sangat. so saya bagi bagi kan je mana yang tak mampu saya nak abez kan tu pada orang yang mampu. tibe tibe saya jadi murah hati sangat sangat semalam kan. hehe. ye la. dengan sarapan mcD pagi pagi buta *k.bai belanja. jamuan lepas perhimpunan lagi. jamuan lepas meeting lagi. hehe. byk saya makan. bak kata orang. rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. :p

yang paling best dpt buah buahan. mcm mcm ada. tak sempat nak kongsi dengan kawan kawan. sebab ramai yang da balik. tapi paling tak best nya sekali bila dapat durian. 7 biji semuanya. tapi malangnya saya tak makan durian. jadi. kene jgk la bagi bagi pada yang berkenaan. jamu diorang kt bonet kereta. abez satu kereta bau durian. tak pe. saya cuba untuk bertahan. balik tu terpaksa cari daun pandan seikat nak letak kt dalam kereta. sepanjang perjalanan balik tu bukak semua tingkap sebab takot penink kepala. tu pown agak me'ong jgk da semalam. tapi tahan je. -.-

malam pulak saya join group yang dikenali sebagai 'persatuan gelap'. hik2. mcm seram je dengar bunyiknya kan. tapi group nie baik baik sahaja. selalu buat saya happy. hik2. kitorang g main bowling kt alamanda putrajaya. cadangnya saya nak tido uma k.shima. tapi tak jadi sebab adik saya si mohamad khairi eizmeer tu tak kerja malam. tak nak la bagi dia dok sorang sorang kan. jadi saya membuat keputusan untuk menjadi akak yang baik. dengan dia dia sekali saya bawak g alamanda. hehe. cian dia esok nak keje pagi. kol 1 am baru smpai uma. alhamdulillah. yang seronoknya mlm tu. saya dpt pecahkan rekod diri sendiri. huhu. cecah la mata sampai 125 masa main bowling tu. hahahha. tak sangka kan. hehe. mmg bernasib baik. good for norissa ! yeahh!

begitulah ceritanya.....sekian.

p/s : terima kasih en khairi akmal. terima kasih semua ! :)

April 2, 2011

SAKIT ITU NIKMAT


SYUKUR ALHAMDULILLAH...

Hikmah-hikmah disebalik sakit :

1. Diampuni dosa dan kesalahan.
"setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabak, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti allah menjadikannya pengampun dosa-dosanya." (HR. Bukhari-Muslim)
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa gangguan berupa penyakit dan lain-lainnya, melainkan Allah menggugurkan daunnya" (Bukhari-Muslim)

2. Ditinggikan derajatnya.
"Tidaklah seorang mukmin tertusuk duri atau yang lebih kecil dari duri, melainkan ditetapkan baginya satu derajat dan dihapuskan darinya satu kesalahan" (HR Muslim)
Dari Aisyah, dia berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihiwa Sallam bersabda (yang artinya): "Tidaklah seorang Mukmin itu tertimpa penyakit encok sedikit pun, melainkan Allah menghapus darinya satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu derajat." (Ditakrij Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dia berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda (yang artinya): "Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki kedudukan di sisi Allah, namun tidak ada satu amal yang bisa menghantarkannya ke sana. Maka Allah senantiasa mencobanya dengan sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia bisa sampai ke kedudukan itu." (Ditakhrij Abu Ya'la, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim; Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)

3. Pembuka jalan ke syurga.
"Allah Subhanahu berfirman: "Hai anak adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada sat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahala bagimu selain syurga." (Ditakhrij Ibnu Majah; Menurut Syaikh Al-Albany: hadits hasan)

4. Keselamatan dari api neraka.
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, bahwa beliau menjenguk seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah. lalu beliau bersabda (yang artinya): "Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman, 'Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hampa-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari negara pada hari akhirat." (Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, dan Al-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)


5. Menjadikan kita ingat kepada Allah dan kembali kepada Nya.
Biasanya ketika seseorang dalam keadaan sihat wal afiat, suka tenggelam dalam kenikmatan dan syahwat. Menyibukkan diri dalam urusan dunia dan melalaikan Allah, yang tidak jarang terjerumus dalam kemaksiatan dan kedurhakaan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ketika Allah mencubanya dengan sakit atau musibah lain, dia akan ingat kepada Allah, bertaubat, dan kembali memenuhi hak-hak Allah yang telah dia tinggalkan.



Ya Allah, betapa Engkau menyayangi hambaMu.. Aku malu denganMu.. Hinanya aku kerana seringkali bersangka denganMu, bersangka terhadap takdirMu.. Hinanya aku kerana lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Aku tahu, jika sakit ini hanya sekadar suka-suka tanpa hikmahnya, sudah tentu Engkau tidak menciptakan sakit itu. Sesungguhnya Engkau menciptakan sakit itu untuk kebaikan kami dan sudah tentu Engkau tidak akan sesekali mahu menzalimi hamba2Mu samaada yang muslim @ yang kafir. Sungguh unik bentuk kecintaanMu terhadap hambaMu.. semoga aku tergolong dalam golongan yang bersyukur dengan nikmatMu.

amin..

template