kisahnya en. harry & cik rissa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

March 23, 2011

CONGRATULATIONS


tahniah untuk mohamad suhaimi bin md dan kerana keputusan spm yang sangat memuaskan. terima kasih sebab da pecahkan rekod keluarga dengan keputusan anda. saya sangat terharu. rasa macam nak nangis pown ada. sob3. T.T

hadiah menyusul kemudian ya. tapi tak de la wooowww ! sgt ya. hehe.
:D

March 22, 2011

I WANNA BE YOURS


I wanna be your vacuum cleaner
Breathing in your dust,
I wanna be your Ford Cortina
I will never rust,
If you like your coffee hot
Let me be your coffee pot,
You call the shots,
I wanna be yours.

I wanna be your raincoat
For those frequent rainy days,
I wanna be your dreamboat
When you want to sail away,
Let me be your teddy bear
Take me with you anywhere,
I don't care
I wanna be yours.

I wanna be your electric meter
I will not run out,
I wanna be the electric heater
You'll get cold without,
I wanna be your setting lotion
Hold your hair in deep devotion,
Deep as the deep Atlantic ocean
that's how deep is my devotion.





































p/s : iloveyousomuch la encik khairi akmal. im yours tau. hehe. jangan nak jelez sangat ya. :)

March 19, 2011

MY MOOD RIGHT NOW





























boleh tak nak anggap macam tak ada apa apa berlaku :(

March 16, 2011

KETAWA UNTUK 3 GELAS AIR


situasi ini berlaku di sebuah kedai makan berdekatan rumah saya. YUKI nama kedainya. selepas penat mengemaskini rumah along yang perlu dikosongkan dengan segera. kami tiga beradik niat nak makan western food kt situ. so, panggil abg order. semua mula la semua menyuarakan selera masing masing.

k.bai : menu bang
*5 second kemudian
abg order : nak minum apa?
rissa : barlie suam dengan ais kosong *senyum mengada
k.bai : cincau gelas BESAR satu
abg order : sejuk ke panas? *sambil tersengih *kami geleng kelapa
k.bai : sejuk. kalau cincau gelas BESAR tu berapa?
abg order : kalau gelas biasa rm1.20, kalau gelas BESAR rm 2.50
k.bai : owh. gelas BESAR lah. hehe
eme : saya nak horlick ais satu
abg order : makan? *sambil menulis dgn khusyuk
k.bai : chicken grill satu
rissa : orang tak nak makan western la
eme : aku pown sama. bagi nasi goreng ikan masin satu
rissa : saya nak nasi goreng paprik ya
*tibe tibe k.bai menyampuk
k.bai : semua orang tak makan western. k.bai nak tukar la
abg order : *sengih macam kerang busuk
k.bai : saya nak nasi goreng kampung
*hahhhaha. dari western terus turun ke kampung. apa da. hahahhahahha

5 minute kemudian
abg anta air : sini kan
semua : hah!
k.bai : tapi cincau nie nak gelas besar. tapi tak pe la
*abg antar air pown berlalu pergi. bila dibelek belek nak tahu tak apa yang kami dapat.
1 air suam;
1 cincau ais gelas biasa;
1 horlick ais;
1 ais kosong gelas BESAR.

hahahhahahhahahhahaha. tergelak besar jgk la kami tgk semua air ktorang tu. barlie suam saya mana? takde. yang dpt kt saya air suam je. boleh tahan panas plak tu. yang tak boleh bla nye. ais kosong gelas BESAR tu. ada ke orang nak order gitu. isshhhh ! mengarut + lawak sungguh. hahahha. yang sempurna hanya horlick ais adik saya. huh !

hampeh betul -.-

last last tukar jgk ais suam sy ke barlie suam idaman hati. k.bai tak nak tukar. sebab da minum katanya. hehe. padan muka. dapat gelas besar. tapi ais kosong je. kira boleh la tu kan. huhu.















p/s : encik khairi akmal, jangan jeles ya saya belanja diorang makan. hehe.

March 15, 2011

DIAM


kadang kadang diam lebih baik dari berbicara.

March 10, 2011

March 9, 2011

MISI

- 08.03.2011 - 12.03.2011 -

hehe. mengada ngada je lebih perempuan nie. nak bermisi misi segala. hasut la mcm mn pown dia tetap nak buat jgk. degil. tak pe la kan. bukan selalu boleh jadi gila mcm nie. tp apa yang saya tahu. misi nie boleh mendisiplinkan diri saya untuk tidak bersosial di laman facebook lagi dlm masa 5 hari nie. dan mungkin akan mengurangkan penggunaannya dari masa ke semasa. en. khairi akmal si bb (bosbesar) tu pown jarang main facebook. tak kan la cik norissa tak boleh kan. hehe. itu kata kata semangat untuk diri sendiri je. hahahhaha.

yang tak puas hati nya semua tak nak percaya saya nak jalankan misi nie. nape weyh. ini kan untuk kebaikan saya. ceh ! ayat poyo keluar. almaklum la penggemar tegar laman sosial facebook yang 24 jam on9 nie mmg la kan. semua orang tak kan percaya. dan dari sebab itu la saya nk berubah jadi penggemar laman sosial facebook yang tak berapa nak tegar. hahhaha. cukup untuk bersosial 2 jam sebelum tidor. boleh kah begitu? yang pasti saya nk berubah. banyak benda saya abaikan disebabkan ini. tak pandai nk control diri. tak pe norissa tak pe. ini la masa nya untuk berubah. hik hik.

(goodluck norissa sayang)

benar dari hati : saya rindu pada kawan kawan laman sosial facebook saya ! -.-























4 days left....

March 7, 2011

HARI MINGGU YANG PADAT

*harap maaf. sememangnya tiada paparan imej untuk entry kali ini. hehe. hanya ingin bercerita kisah aktiviti hujung minggu lepas yang memenatkan. 0.0






SABTU

8.15 am - batu caves
tujuan : panas kan enjen kereta

9.00 am - selayang mall
tujuan : main bowling ramai ramai (k.shima ajak)

11.45 am - batu caves
tujuan : jemput k.bai kt uma (dengan muka masam mencuka sebab adik dia lmbat. jame lah! )

12.15 pm - ampang
tujuan : teman k.bai g inspection (kete dia along bwk ke linggi)

12.45 pm - dewan tasik ampang hilir
tujuan : attend majlis perkahwinan kawan k.bai (tak boleh bla masuk majlis pakai bj main bowling. nasib baik pakai jeans)

1.30 pm - ampang
tujuan : ambik gambar tempat k.bai inspect tu sebab dia terlupa kot. apa la. hahhhah.

2.30 pm - jakel, shah alam
tujuan : beli kan mak punya langsing. bermeter meter kami beli nk cukupkan satu rumah. ada la dlm 100++ meter. ok bonet kete da full.

6.00 pm - batu caves
tujuan : makan bersama 3 beradik kt YUKI. menu tak boleh tahan. sedap. sekali ngan anta adik g kerja.

7.00 pm - warta lama
tujuan : betulkan sandal yang telah tercabut tapaknya. kos : rm1. (segan nye nk bayar)

7.54 pm - jakel kuala lumpur
tujuan : jumpa akak ipar & anak buah. diorg shopping kL. tak nak lepas peluang cubit pipi si tembab nisa. hehe.

8.45 pm - jalan raja laut
tujuan : penuh kan perut yang kosong. ermmm. kenyang.

10.00 pm - rumah pengasih kuala lumpur
tujuan : teman akak ipar masuk. esok ada makan makan. (abg ipar dia jd pelatih kt c2)

12.00 am - batu caves
tujuan : manjakan mata dengan tidur secukupnya. -.-



_____________________________________________________________


AHAD

7.05 am - batu caves
tujuan : panaskan enjen. jemput adik balik kerja.

7.15 am - rumah sendiri
tujuan : siap siap untuk keluar bertiga

8.05 am - rumah pengasih
tujuan : hantar mereka berdua. nak join akak ipar katanya sebab ada program memancing. nak tgk bakat anak buah si haiqal mata sepet tu memancing. hehe. yang penting sekali ada bbq makan makan free. :)

8.45 am - putrajaya
tujuan - photoshot ala ala bff gitu. hahahha. t tgk hasil tgn fathiah lajis k. hehe

12.45 pm - alamanda
tujuan : makan makan sama kawan kawan lama masa poly dolu

2.15 pm - jalan tar
tujuan : lawat kak ipar & mereka shopping dan jemput mereka pulang. hehe

5.45 pm - batu caves
tujuan : pulang semula ke rumah. :D










*penat jangan ckp la. mmg penat giler. rasa mcm nk tercabut je kaki nie berjalan. ehemm. ini bukan niat sebenar nk jelezkan en. khairi akmal tau. hahhahha. mohon maaf ya bb (bosbesar) ku ! iLUVM lah ! ahahhahha.

March 2, 2011

BENAR CINTA

saya rasa betul betul dihargai bila baca note ini :

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

p/s : tq encik khairi akmal sebab sanggup mencintai saya. LUSM.

template