kisahnya en. harry & cik rissa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

May 17, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG

kami belajar dari kesilapan sepanjang perjalanan.  dan cukuplah apabila gambar mengajar kita (nampak sangat malas nak menaip). haha. sila sila belajar bersama.



















































SELAMAT TINGGAL PULAU PINANG. Jumpa lagi :)


April 18, 2012

WARNA KEGEMARAN

rasa susah pula hendak menaip entri kali ini. bukan kerana saya malas atau dengan erti kata lain kurang rajin untuk menaip (sama je). tetapi kerana sudah selalu dimanjakan dengan menaip surat yang ringkas dan padat (saya tahu alasan ini kurang kukuh) serta merekod ke dalam data komputer dengan hanya menaip tajuk surat sahaja. itu pun hanya 10 pucuk surat sehari. haha. ini lah jadinya bila dulu masa kelas menaip selalu main main. orang dah 52 word/minit, kita masih terkial kial lagi nak tengok keyboard (boooo). lepas tu puan yang datang dari arah belakang, mengetuk jari ku yang runcing ni menggunakan pembaris panjang. haha. padan muka! sekarang baru nak terasa ya. mungkin saya perlukan mavis beacon untuk latihan menaip. (sesiapa yang masih ada software tersebut, sila kasihani saya)

hrmm. saya tahu saya sudah lari dari topik sebenar. ya. benar. ayat pembuka kata punya lah panjang menjela. belum masuk lagi isi kandungan pertama, kedua dan seterusnya. dan akhirnya bila nak masuk kesimpulan dah tak ada idea. dan mungkin tiada kesimpulan yang akan diwarwarkan pada penghujungnya. jika itu berlaku, dengan segala hormatnya anda perlu menyimpulkan sendiri cerita ini. maka dengan ini, dipohon untuk berhenti merapu sekarang norissa! ini serius. -_-

ok. ok. sekarang fokus pada warna. warna kegemaran saya buat masa sekarang adalah warna COKLAT dan HIJAU (sebab harry juga suka hijau. haha. nampak sangat menjaga hati.). dan warna kegemaran ini kebiasaanya akan merubah mengikut tahun beserta alasan-alasan tertentu dan mungkin juga mengikut peredaran fesyen (tak tetap pendirian la kau ni norissa). pada kebiasanya warna kegemaran akan berubah masa nak beli baju raya. bila one set warna dah sama. selepas raya pun sibuk nak cari semuanya barang warna sama je. konon-konon sedondon la kan. gedikzz. hehe.

warna kegemaran ini bermula bila kawan bagi sebuah buku cantik beropol yang berkehendakkan (betul ke perkataan ni) kita untuk menulis biodata masing-masing dalam buku cantik beropol tersebut. siap tengok muka surat sebelah, apa yang budak sebelum ni tulis (sambil buat muka excited kemudian tergelak kecil) dan salah satunya adalah warna kegemaran. saya sebagai seorang murid normal yang punya kawan mengaku dengan senang hati pernah mempunyai buku cantik beropol tersebut untuk koleksi sendiri. eleh. korang pun pernah buat kan. jangan tipu. haha. tapi malangnya, buku cantik beroplol tersebut tidak dapat dikesan sekarang. mungkin telah dilupuskan oleh emak. kalau tidak, boleh juga dijadikan kenangan. dan warna kegemaran ketika ini adalah warna JINGGA dengan alasan ia sangat cool bila dikenakan dengan track-suit. haha. pemain bola jaring la katakan. jiwa lebih kepada jiwa lelaki sebab tu lasak. 

bukan main terang lagi warna jingga kau kan. kene ke dengan warna kulit yang tak berapa putih tu? haha. (atleast saya sedar diri). dan seterusnya masuk menengah rendah. saya lebih gemar warna HITAM. habis semua t-shirt beli warna hitam. masa tu memang trend kan. harus la kena ikut. baru lah ada unsur pengaruh rakan sebaya. haha. lagi satu trend pakai kain singkat dengan stokin yang pendek ada gambar kartoon warna warni. tapi itu kita kena cerita lain kali la eh. sebab tak masuk topik untuk kali ini. sangat tak masuk ok. hihi. warna hitam sangat cantik sekali waktu tu.  lagi-lagi dengan muka putih melepak berseri seri lagi menyucikan. memang tenggelam timbul jadinya. tapi malangnya muka saya adalah sebaliknya. tenggelam tak timbul timbul. haha.

bila masuk menengah atas, keadaan berubah dan pastinya warna kegemaran juga berubah. ia lebih cenderung kepada warna MERAH. alasan yang paling kukuh adalah semperna warna rumah sukan dan dikuatkan lagi dengan naib pengerusi persatuan bulan sabit merah (PBSM). merah jugak tu kan. haha. ok dah jangan lebih-lebih cerita pasal sekolah menengah. walaupun banyak yang manis dari yang pahit. tapi belum masa lagi untuk cerita sekarang. harap maklum. hihi. tapi yang penting alasan saya sangat kukuh kan (sila angguk jika tidak mahu muka berjerawat). hehe.

masa belajar di politeknik lain pulak warnanya. saya rasa UNGU lebih menarik. disebabkan baju harian yang digunakan adalah baju kurung. setiap kali beli baju kurung. mesti akan ambik warna ungu. tak kira lah yang terang mahupun yang gelap. semuanya cantik di mata saya. sampai kasut pun nak sama dengan warna baju. haha. sekarang agak agak kau tak nak pakai atau tidak sebegitu lagi? (sila jawab norissa) -_-

ok. sini ada sedikit info berkenaan RAHSIA DISEBALIK WARNA KEGEMARAN WANITA. baca betul betul. WANITA sahaja. yang jejaka jangan sibuk ya -_- (kecuali nak semak untuk emak/akak/gf  dll korang. ia dibenarkan. saya tak la kejam sangat) haha.

JINGGA (darjah 6)
Tiada tercatat warna jingga di kenyataan tersebut. tiada rahsia mungkin.

HITAM (menengah rendah)
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfkir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung;

MERAH (menengah atas)
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang;

UNGU (politeknik)
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap;

HIJAU (sekarang "jaga hati")
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot;

COKLAT (sekarang)
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah;

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas;

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak;

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran;

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Kesimpulannya, warna bukan segalanya. ia cuma dikenakan untuk menampakkan coolnya anda bila mengenakan warna kegemaran anda dimana orang lain tak tentu lagi suka warna kegemaran anda itu. haha. akhir kata. saya tidak akan terpengaruh kepada satu warna ini iaitu warna merah jambu walaupun warna ini lebih cenderung kepada para wanita. maaf saya tidak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. (tiba-tiba minta maaf kenapa?) haha



Bye. Assalamualaikum...

March 28, 2012

MUNGKIN



ya mungkin ini lah yang dikatakan dugaan tahun ketiga. harap dapat tempuhinya dengan tenang. kerana perjalanan ini baru bermula.

February 24, 2012

I LOVE MY JOB


Hai. Assalamualaikum semua.

kerja saya adalah sebagai seorang setiausaha pejabat yang kadang kala sibuk dan kadang kala tidak. tapi kalau menyibuk tu selalu jugak la. haha. bukan tak ada kerja. kerja ada. cuma inginkan sedikit ruang tanpa tekanan. masa yang paling sesuai adalah semasa ketiadaan dato' aka bos. bila dengar bos nak ada kerja luar atau mesyuarat luar mula la pipi nie nak tertarik tarik ke atas. haha. maksudnya macam ni :) . hihi.

Bila bos tak ada di pejabat. pipi mula jatuh ke bawah. buat muka risau sebab segala benda nak segera. bos saya tiada tau. TIADA. macam mana? bila call, bos tak angkat. mungkin sedang bermesyuarat. bila sms, tak balas. mungkin tak berminat nak menaip ketika itu. mungkin kot. dan saya sebagai seorang setiausaha pejabat yang berdedikasi berinovasi dan sangat kreatif menjawab dengan sopan santunnya. -_-

Tapi yang seronoknya bila bos tiada di pejabat. yang penting boleh jadi bos. (jangan bagitahu dato' ya) haha. boleh ke hulu ke hilir menyibukkan diri kat tempat orang yang sedang ketiadaan bos jugak. boleh keluar dari bilik yang membosankan dan sejuk melampau ini. (bila bos ada boleh pulak kau duduk dalam bilik tu berjam jam -.-). boleh tangguh rekod surat "salinan kepada" bos. sebab bos tak ada pun nak tengok surat tu. jadinya kumpul semua surat "salinan kepada" dan rekod pada waktu petang sahaja. senang kerja. hehe. boleh berkudapan tanpa gangguan dengan panggilan "nor!". boleh take a nap tak sengaja. ops! kantoi. ini bukan selalu yang dilakukan ya. haha. tapi kerja tetap kerja. mesti siapkan. MESTI!

ok. itu saja yang nak dikongsi untuk kali ini. mungkin lain kali boleh bukak cerita lagi pasal kerja saya sebagai setiausaha pejabat ni. masam manis semua ada. apapun I LOVE MY JOB. rezeki Allah. Syukur Alhamdulillah.




i'm NORISAH BINTI MD DAN.
Special Assistant to Deputy Director-General of Forestry (Operations & Technical).
that's all. TQVM.


......................................................................................................................................................





p/s : apabila ketiadaan kucing. tikus mula berkeliaran.
jangan nak mengular sangat ya tikus. haha.






February 5, 2012

BETUL KATA UNCLE

hai semorang. assalamualaikum. mengikut tajuk yang telah dibentangkan di atas. ok. semua tengok atas sekarang. haha. tgk tu. uncle? uncle manakah? siapakah dia? bagaimanakah rupanya? huhu. mungkin semorang tak kenal dia. tapi saya kenal dia. walaupun baru je beberapa kali jumpa kat perodua servis tu. bukan sape sape pun. tapi kenal jugak la. tak ingat la pulak namanya. tapi boleh i panggil uncle sahaja ya.

oleh kerana terlebih kilometer ketika meng'service' mybabyblue. maka dengan itu, bebelan amat dekat dengan telinga saya. sayup sayup laju je kedengaran bunyinya. bukan sikit sikit ya dia terlebih, nak dekat dua ribu kilometer kot. memang patut kene bebel la kan. ish2. sudah uncle sudah. ala. bukan sengaja pun. memang terniat nak servis sebelum balik kampung masa raya cina tu. tapi kerana masa tak mengizinkan. saya pun terlupa akan kewajipan itu. dan balik kampung dengan muka slumber gadak je. dah balik kampung baru sedar. ALAMAKKKK! kereta tak servis lagi. tapi buat muka tak cemas je. sebab memang tak cemas pun. haha. memang tak sayang barang punya orang budak nie. -.-

nak dijadikan cerita. balik kampung tu pulak diorang buat kenduri aqiqah dan potong jambul nur amani asyikin. memang banyak la kereta tu berjalan. pergi melaka, pergi pasar, pergi seremban, pergi situ, pergi sini. jadinya bertambah tambahlah kilometernya. tu yang beza nak dekat dua ribu tu. tapi tak pe lah. demi anak buah yang bulat lagi comel itu. cikyah gagahinya jua. hehe.

balik je kuala lumpur. muka bertukar cemas. call perodua servis ampang tempat biasa buat tu tutup cuti sampai sekian hari. call tempat lain bukak tapi servis penuh kene booking pada sekian hari pulak. kira kira balik tarikhnya. sama je kalau pergi tempat biasa pun. jadi keputusannya adalah. tunggu sampai perodua servis ampang bukak. -.- masa nie mula la ngada ngada hati ni nak jimat kilometer. padahal hari tu kau main lenjan je tak pe pulak kan. haha.

pada hari kejadian. takut takut je nak pergi servis kereta. perasaan biasa la tu bila dah buat salah kan. tapi buat muka tenang macam tak ada apa apa yan berlaku. hehe. sampai jumpa uncle nie. mula berkomunikasi dua hala tentang masalah kilometer saya. semua benda dia tanya kampung kat mana la. pergi jalan mana la. selalu outstation mana la. jauh berjalan sangat ni la. ok uncle. saya memang suka berjalan. kaki ni memang selalunya gatal je nak berjalan. sebab tu kilometer saya selalu terlebih hadnya. balik kampung sebulan sekali. kadang kala sebulan dua kali pulak. pergi balik kilometer jalan 500 kilometer termasuk jalan ke hulu ke hilir yang tak disengajakan tu. belum lagi yang jalan kuala lumpur dekat dekat ni. nampak je dekat. tapi banyak jugak kilometernya tau. memang banyak tanpa disedari. -.-

kata uncle. "awak perlu bertukar dari menggunakan minyak servis yang boleh jalan lima ribu kilometer kepada sepuluh ribu kilometer sebab awak terlalu banyak jalan". erk. uncle nie boleh membuat kesimpulan sendiri. sebelum nie servis boleh jalan lima ribu je. tak sampai dua bulan kene servis semula. mana tahan babe. banyak jalan la katakan. minyak mahal pun mahal la. yang penting tak perlu selalu sangat pergi servis kereta. nampaknya lepas ni, makin jauh la norissa berjalan ya. haha.

betul kata uncle tu. sekarang ni pun da terasa. ni baru lepas balik kampung lagi sebab cuti maulidur rasul dan thaipusam. banyak cuti, banyak jalan, banyak la kilometernya. hehe. ok. sekarang ni pergi mana mana memang kene set kilometer kereta. baru la boleh berjimat kan. haha. kilometer pun kene berjimat ke? ish ish ish. -.-

template