rasa susah pula hendak menaip entri kali ini. bukan kerana saya malas atau dengan erti kata lain kurang rajin untuk menaip (sama je). tetapi kerana sudah selalu dimanjakan dengan menaip surat yang ringkas dan padat (saya tahu alasan ini kurang kukuh) serta merekod ke dalam data komputer dengan hanya menaip tajuk surat sahaja. itu pun hanya 10 pucuk surat sehari. haha. ini lah jadinya bila dulu masa kelas menaip selalu main main. orang dah 52 word/minit, kita masih terkial kial lagi nak tengok keyboard (boooo). lepas tu puan yang datang dari arah belakang, mengetuk jari ku yang runcing ni menggunakan pembaris panjang. haha. padan muka! sekarang baru nak terasa ya. mungkin saya perlukan mavis beacon untuk latihan menaip. (sesiapa yang masih ada software tersebut, sila kasihani saya)
hrmm. saya tahu saya sudah lari dari topik sebenar. ya. benar. ayat pembuka kata punya lah panjang menjela. belum masuk lagi isi kandungan pertama, kedua dan seterusnya. dan akhirnya bila nak masuk kesimpulan dah tak ada idea. dan mungkin tiada kesimpulan yang akan diwarwarkan pada penghujungnya. jika itu berlaku, dengan segala hormatnya anda perlu menyimpulkan sendiri cerita ini. maka dengan ini, dipohon untuk berhenti merapu sekarang norissa! ini serius. -_-
ok. ok. sekarang fokus pada warna. warna kegemaran saya buat masa sekarang adalah warna COKLAT dan HIJAU (sebab harry juga suka hijau. haha. nampak sangat menjaga hati.). dan warna kegemaran ini kebiasaanya akan merubah mengikut tahun beserta alasan-alasan tertentu dan mungkin juga mengikut peredaran fesyen (tak tetap pendirian la kau ni norissa). pada kebiasanya warna kegemaran akan berubah masa nak beli baju raya. bila one set warna dah sama. selepas raya pun sibuk nak cari semuanya barang warna sama je. konon-konon sedondon la kan. gedikzz. hehe.
warna kegemaran ini bermula bila kawan bagi sebuah buku cantik beropol yang berkehendakkan (betul ke perkataan ni) kita untuk menulis biodata masing-masing dalam buku cantik beropol tersebut. siap tengok muka surat sebelah, apa yang budak sebelum ni tulis (sambil buat muka excited kemudian tergelak kecil) dan salah satunya adalah warna kegemaran. saya sebagai seorang murid normal yang punya kawan mengaku dengan senang hati pernah mempunyai buku cantik beropol tersebut untuk koleksi sendiri. eleh. korang pun pernah buat kan. jangan tipu. haha. tapi malangnya, buku cantik beroplol tersebut tidak dapat dikesan sekarang. mungkin telah dilupuskan oleh emak. kalau tidak, boleh juga dijadikan kenangan. dan warna kegemaran ketika ini adalah warna JINGGA dengan alasan ia sangat cool bila dikenakan dengan track-suit. haha. pemain bola jaring la katakan. jiwa lebih kepada jiwa lelaki sebab tu lasak.
bukan main terang lagi warna jingga kau kan. kene ke dengan warna kulit yang tak berapa putih tu? haha. (atleast saya sedar diri). dan seterusnya masuk menengah rendah. saya lebih gemar warna HITAM. habis semua t-shirt beli warna hitam. masa tu memang trend kan. harus la kena ikut. baru lah ada unsur pengaruh rakan sebaya. haha. lagi satu trend pakai kain singkat dengan stokin yang pendek ada gambar kartoon warna warni. tapi itu kita kena cerita lain kali la eh. sebab tak masuk topik untuk kali ini. sangat tak masuk ok. hihi. warna hitam sangat cantik sekali waktu tu. lagi-lagi dengan muka putih melepak berseri seri lagi menyucikan. memang tenggelam timbul jadinya. tapi malangnya muka saya adalah sebaliknya. tenggelam tak timbul timbul. haha.
bila masuk menengah atas, keadaan berubah dan pastinya warna kegemaran juga berubah. ia lebih cenderung kepada warna MERAH. alasan yang paling kukuh adalah semperna warna rumah sukan dan dikuatkan lagi dengan naib pengerusi persatuan bulan sabit merah (PBSM). merah jugak tu kan. haha. ok dah jangan lebih-lebih cerita pasal sekolah menengah. walaupun banyak yang manis dari yang pahit. tapi belum masa lagi untuk cerita sekarang. harap maklum. hihi. tapi yang penting alasan saya sangat kukuh kan (sila angguk jika tidak mahu muka berjerawat). hehe.
masa belajar di politeknik lain pulak warnanya. saya rasa UNGU lebih menarik. disebabkan baju harian yang digunakan adalah baju kurung. setiap kali beli baju kurung. mesti akan ambik warna ungu. tak kira lah yang terang mahupun yang gelap. semuanya cantik di mata saya. sampai kasut pun nak sama dengan warna baju. haha. sekarang agak agak kau tak nak pakai atau tidak sebegitu lagi? (sila jawab norissa) -_-
ok. sini ada sedikit info berkenaan RAHSIA DISEBALIK WARNA KEGEMARAN WANITA. baca betul betul. WANITA sahaja. yang jejaka jangan sibuk ya -_- (kecuali nak semak untuk emak/akak/gf dll korang. ia dibenarkan. saya tak la kejam sangat) haha.
JINGGA (darjah 6)
Tiada tercatat warna jingga di kenyataan tersebut. tiada rahsia mungkin.
HITAM (menengah rendah)
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfkir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung;
MERAH (menengah atas)
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang;
UNGU (politeknik)
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap;
HIJAU (sekarang "jaga hati")
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot;
COKLAT (sekarang)
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah;
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas;
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak;
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran;
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
Kesimpulannya, warna bukan segalanya. ia cuma dikenakan untuk menampakkan coolnya anda bila mengenakan warna kegemaran anda dimana orang lain tak tentu lagi suka warna kegemaran anda itu. haha. akhir kata. saya tidak akan terpengaruh kepada satu warna ini iaitu warna merah jambu walaupun warna ini lebih cenderung kepada para wanita. maaf saya tidak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. (tiba-tiba minta maaf kenapa?) haha
Bye. Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment