kisahnya en. harry & cik rissa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

October 31, 2010

NORISSA GATAL NAK BERKEBUN

1 November 2010 :

tajuk nie mmg mengagumkan rite?tibe2 lak norissa nk berkebun..bukan nya apa..duk sowg2 td terasa nk membuat xtvt y xdpt nk buat kt KL..terus search tenet..mcm2 xtvt timbul..tp nie y paling menarik..kadang2 kite rs,wat pe nk berkebun ni kan..senang bl kt pasa je..xcari je kt nusery..xyah susah bazirkan peluh..korang xtau lg apa manfaat nya..meh cnie sy warwarkan apa kelebihan y akan korang dpt selain menjadikan berkebun sebagai hobi y menyenangkan..silakan baca kenyataan di bawah..

(1) Berkebun Untuk Kesihatan

sama seperti anda bersenam, dapat membakar kalori contohnya dengan melakukan aktiviti seperti memotong rumput, memangkas tanaman, menyusun bekas tanaman, menanam bunga dan memberi baja serta menyiram tanaman..Aktiviti ini sahaja akan membakar antara 280 kalori hingga 380 kalori per jam..Jumlah kalori yang terbakar ini bersamaan dengan anda ber'jogging' atau berlari selama 30 minit..Daripada menghabiskan banyak duit bersenam di 'gym'..Baik kiranya berkebun dirumah..

(2) Berkebun Mengurangkan Stress

berkebun mampu mengurangkan stress seseorang..setelah penat seharian bekerja dengan penuh masalah, pulang ke rumah melihat tanaman yang tumbuh subur, pasti menyenangkan hati anda..malah saat menunggu tanaman bertunas dan menjadi kuncup bunga, itu akan membantu seseorang melatih kesabaran dan memandang ke hadapan dengan fikiran positif..Manfaat ini bukan hanya untuk orang berkebun sahaja, malah juga diperolehi untuk orang disekitarnya..Orang yang tinggal atau berada disekitar rumah dengan taman yang indah juga akan memperoleh manfaat..Beberapa penelitian menunjukkan bahawa orang akan merasa lebih senang dengan persekitaran yang banyak tumbuhan hijau..begitu juga seperti saya..

(3) Berkebun Untuk Menyembuhkan Penyakit Dan Mempercepatkan Proses Pemulihan Kesihatan

Beberapa pesakit di hospital didapati akan lebih cepat sembuh jika berada di persekitran hijau atau berada di ruangan yang memiliki tanaman indoor..Ketika diukur tekanan darah dan detak jantung, penderita penyakit yang sedang dirawat semasa berada di persekitaran hijau akan lebih cepat sembuh..Sehingga jika ada anggota keluarga yang sakit, maka dengan berkebun membuat rumah indah dan mempercepatkan penyembuhan anggota keluarga tersebut..Selain itu, dengan berkebun boleh menurunkan tekanan darah seseorang sehingga terhindar dari hepertensi..Kegiatan berkebun juga mampu membantu pesakit diabetes..Kerana banyaknya kalori yang terbakan akan mempengaruhi kadar gula dalam tubuh..

(4) Berkebun Untuk Panjang Umur

Kerana kesihatan yang stabil serta fikiran yang semakin tenang, maka hal ini akan mempengaruhi kepada usia..Hasil penelitian menunjukkan bahawa orang yang senang berkebun memiliki jangka hayat hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak suka berkebun..

Selesai...Banyak lagi sebenarnya..Nie je mampu disenaraikan..

Setelah membaca manfaat di atas, dengan itu, secara jujurnya..tangan norissa telah gatal utk berkebun..mengarut kan..sekian terima kasih..hahhahah..

p/s : boleh ke norissa menjadi pekebun tegar?sila nyatakan sebab jika mustahil..hahhahah~

No comments:

Post a Comment

template